Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu] | ابو

Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : suatu pangkat di Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Amplop Abu-abuBisri, A. MustofaHorison1 April 2006
Untukmu HanaAbu Hanifah Abu HassanTunas Cipta1 September 2004
Mengharungi cabaran globalisasiMohd. Saharudin Shakrani dan Abu Sufian Abu BakarPEMIKIR1 January 2006
Sharifah Abu SalemSharifah Abu SalemSeri Dewi dan Keluarga1 February 2005
Cinta dan PenumpangAbu al-Naja, Abu al-Ma'atiDewan Sastera1 March 1985
Abu Nawas SetiaHasnah AjudDewan Pelajar1 March 1983
Abu Mahjan SaqafiAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 October 1982
Abu Ayub Al-AnsaryAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 September 1982
Abu Zar Al-GhiffariAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 July 1982
Abu Ubaidah Al JarrahAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 February 1982
12345678910...

Kembali ke atas