Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu] | ابو

Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : suatu pangkat di Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal. 1.Abu basuh tangan. Abu basuh kaki.(dan) JAWAPAN A:Abu basuh tangan dan kaki. JAWAPAN B:Abu basuh tangan dan basuh kaki. Mana satu jawapan lebih tepat?Ayat yang lebih sesuai bagi menggabungkan ayat tunggal ialah Abu basuh tangan dan kaki.Tatabahasa03.05.2016
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu.

Ayat tanya yang betul ialah:

(i)   Apakah Abu suka?

 (ii) Atau Abu suka apa?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

Ayat penyata:  Abu suka susu adalah betul.

 

Tatabahasa26.02.2014
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka.Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d)Tatabahasa05.03.2010
Kamu sedang cakap apa dengan Abu? Saya sedang bercakap tentang Rahim dengan Abu. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?Ayat yang gramatis ialah "Apakah perkara yang sedang kamu bualkan dengan Abu?" dan "Saya dan Abu sedang berbual tentang Rahim". Untuk rujukan perkara yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2015), halaman 431-575.Tatabahasa17.04.2024
Yang manakah betul :- antara Ali dan Abu / antara Ali dengan Abu? Sekian, TK Quek CSYang betul ialah "antara Ali dengan Abu".Tatabahasa13.04.2007
yang dikendalikan oleh Abu atau yang dikendalikan Abu? Mohon terangkan bagaimana penggunaan 'oleh'. Kedua, boleh tolong terangkan mengenai penggunaan perkataan 'yang' di dalam mana-mana ayat? Terima kasih.

Selamat pagi;
Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan ayat oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.

i. Projek itu dikendalikan oleh Abu
ii. Projek itu dikendalikan Abu

Yang merupakan penanda relatif. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
a.    Warna yang biru itu warna kegemaran ibu saya.
b.    Yang biru itu warna kegemaran ibu saya.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa03.10.2016
Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya?Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain12.02.2015
Ali dihadiahi sebuah buku oleh Abu. lebih gramatis atau Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. ayat mana lebih tepat?Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. / Ali dihadiahi Abu sebuah bukuTatabahasa23.07.2008
Abu Musa Muhammad Suria 23HB JUN 9.38 PAGI Assalamualaikum, saya nak beli buku 'Fiqh & Perundangan Islam' karya Wahbah Zuhaili yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Masih ada jual lagi ke?Sila hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain23.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas