Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu] | ابو

Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : suatu pangkat di Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ashabuHerbaTiadaBahan tak organik yang terhasil apabila bahan herba dipijarkan. Nilai kandungan abu adalah penting bagi menandakan tahap pengawalan dalam menyediakan bahan mentah herba. Dalam analisis kawalan kualiti herba, nilai ini ditentukan melalui kaedah penentuan abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air.
ash valuenilai abuHerbaTiadaPeratus abu tak organik yang terhasil daripada pemijaran bahan terutamanya bahagian akar, rizom dan daun. Nilai ini merupakan ukuran kebersihan bahan mentah daripada bahan pencemar seperti tanah dan pasir, dan campur palsu akibat kecuaian pengendalian semasa penyediaan. Terdapat empat jenis nilai abu iaitu abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat, abu larut air, campur palsu.
acid-insoluble ashabu tak larut asidHerbaTiadaAbu yang mengandungi bahan seperti silika dan silikat yang tidak larut dalam asid. Abu ini terhasil apabila abu total dirawat dengan asid hidroklorik dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tak larut asid diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tak larut asid dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. Lihat abu total.
sulphated ashabu tersulfatHerbaTiadaAbu yang mengandungi bahan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dirawat dengan asid sulfurik dan dipijarkan pada suhu 600�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tersulfat diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tersulfat dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir.
ash fallhujan abuGeologiTiada1. Turunan abu volkano awangan dari awan letusan. 2. Abu volkano yang dihasilkan dari hujan abu dan terletak di permukaan bumi.
water-soluble ashabu larut airHerbaTiadaAbu yang mengandungi bahan natrium dan kalium oksida dan karbonat. Abu total biasanya dirawat dengan air dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu larut air diperoleh daripada ungkapan 100(x-y)/w iaitu x ialah berat abu total, y ialah berat residu tak terlarut dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang kurang daripada had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti hampas teh dan halia.
total ashabu totalHerbaTiadaAbu yang mengandungi silika, silikat dan sebatian natrium, kalium, magnesium, kalsium dan ferum yang masing-masing dalam bentuk karbonat, fosfat, klorida dan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu total diperoleh berdasarkan formula 100x/w, iaitu x ialah kandungan abu total dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan lebihan bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah, pasir atau kapur. Namun, terdapat pengecualian terhadap tumbuhan yang banyak mengandungi kalsium oksalat kerana tumbuhan ini akan menghasilkan nilai abu total yang tinggi.
acid insoluble ashabu tak larut asidVeterinarTiadaBahagian abu yang tidak boleh larut di dalam asid pekat. Sebahagian besar bahagian abu ini terdiri daripada silika dan digunakan sebagai penanda dalam kajian kebolehcernaan sesuatu sumber makanan. Lihat juga abu.
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoFizikTiadaTiada
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas