Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
turn5. short performance, acara (singkat): the pair did a comedy ~, pasangan itu mempersembahkan acara komedi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gaietyn 1. cheerfulness, keriangan, kegirangan: his ~ was infectious, kegirangannya berjangkit-jangkit; 2. merrymaking, acara meriah: the gaieties of the Christmas season, acara meriah musim Krismas; 3. bright appearance, seri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
highlightn 1. (photog, painting, etc) bahagian yg terang; 2. (fig.) most interesting or important part, acara kemuncak; (of TV programmes, football match, etc) sorotan penting: the ~ of the evening, acara kemuncak pd petang ini; the ~s of the finals will be aired tonight, sorotan penting pertandingan akhir akan disiarkan malam ini; 3. (in pl) tinted or bleached portion of hair, penyerlah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
track eventn acara balapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
field eventsn acara padang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discusn cakera: the ~ event, acara lempar cakera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curtain-raisern 1. (theatr) acara pembukaan; 2. (fig.) titik tolak: this dictionary will be a ~ to the gigantic encyclopaedia project, kamus ini akan menjadi titik tolak kpd projek ensiklopedia yg besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divingn 1. (sport) junam: ~ events, acara junam; 2. activity of exploring under water, penyelaman; (attrib) selam: ~ suit, pakaian selam; ~ apparatus, perkakas selam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
track4. circuit, course prepared for racing, balapan, trek: ~ and field events, acara balapan dan padang; the 100 metres is run on a straight ~, larian 100 meter diadakan di balapan yg lurus; horses were training on the ~, kuda-kuda sedang berlatih di balapan; a cycling ~, balapan lumba basikal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
variedadj berbagai-bagai: the organizers are offering a ~ programme of events, pihak penganjur akan mengadakan berbagai-bagai acara; a man of ~ interests, lelaki yg berbagai-bagai minatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas