Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
event scriptskrip acaraKomunikasiKorporatIdea yang disusun menjadi teks yang mengandungi makna untuk membantu melancarkan pengurusan sesuatu acara seperti acara rasmi dan acara kebudayaan. Pengolahan idea dilakukan berasaskan kepada sifat dan matlamat acara tersebut. Teks boleh mengandungi maklumat dalam bentuk audiovisual dan lisan. Teks audio biasanya mencatatkan maklumat mengenai muzik dan kesan bunyi yang hendak digunakan. Teks mengenai visual pula menjelaskan unsur visual yang diperlukan, seperti kedudukan lampu, pergerakan keluar masuk pentas, dan penggunaan alat LCD. Maklumat yang kerap dimasukkan dalam skrip acara ialah susunan acara dan masa, jumlah masa yang digunakan dalam sesuatu segmen acara, penjelasan mengenai aktiviti yang terlibat semasa sesuatu acara berlangsung, maklumat dalam bentuk lisan yang digunakan oleh pengacara, dan catatan arahan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu segmen acara. Skrip acara yang lengkap perlu diedarkan kepada pihak pengurusan acara termasuklah pengurus pentas, pegawai yang mengawal sumber cahaya dan audiovisual, pengacara, dan pihak penganjur.
future filefail masa depanKomunikasiTiadaFail yang digunakan untuk menyenaraikan acara-acara yang akan berlaku. Fail ini terbahagi kepada 31 hari dan 12 bulan.
divingjunam; selam;acara terjunSukanTiadaAcara terjun: Acara lonjakan dari papan anjal dan platform.
men eventsacara lelakiSukanTiadaAcara lelaki, iaitu acara palang jajar, palang tunggal, gelang, lombol, lantai dan kekuda pelana.
sprint eventsacara pecutSukanTiadaAcara lari pantas seperti acara 100 m, 200 m, 400 m, dan 4 x 100 m.
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
women eventsacara wanitaSukanTiadaEmpat acara wanita, iaitu acara palang asimetri, batang titian, lantai dan lombol.
delayed broadcastsiaran tangguhKomunikasiTiadaPenyiaran hasil rakaman mengenai sesuatu acara selepas acara berkenaan tamat. Contohnya, rakaman perlawanan bola sepak yang disiarkan selepas sahaja perlawanan itu ditamatkan. siar tunda.
graduation programmeacara penyampaian ijazah; acara penyampaian sijilPendidikanTiadaTiada
prepublicitypraserantaKomunikasiKorporatProses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan.
12345678910...

Kembali ke atas