Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acheh

Puisi
 

Apa khabar tamu Acheh,
     Kalau Acheh rasinya;
Macam mana berkasih,
     Kalau kasih ada budinya.


Lihat selanjutnya...(35)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Acheh pulang ke Acheh, Sampai ke Acheh terus ke Bentan; Hati kasih bertambah kasih, Bila tak jumpa bergoncang iman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa khabar tamu Acheh, Kalau Acheh rasinya; Macam mana berkasih, Kalau kasih ada budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bukit Acheh gunung pun Acheh, Kerbau balar dua sedenin; Tengok boleh nak ambil tak boleh, Seperti gambar dalam cermin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Arab pulang ke Acheh, Sampai ke Acheh menanam serai; Jangan diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagi bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Acheh pergi ke Madinah, Sehari semalam tengah laut; Nangis adik Siti Fatimah, Dengar suara Nabi Daud.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Orang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Serai Acheh di atas tambak, Kerat daun tepi telaga; Bercerai kasih tiada bertalak, Sepuluh tahun balik juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Serai Acheh bertambak tidak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Cerai setahun balik juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Acheh burung di awan, Mari hinggap di kaki; Mengharap kasih kepada tuan, Kasih hidup sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas