Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acheh

Puisi
 

Apa khabar tamu Acheh,
     Kalau Acheh rasinya;
Macam mana berkasih,
     Kalau kasih ada budinya.


Lihat selanjutnya...(35)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Achenese gravestonenisan AchehArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke-18 M.
srunesruneKesenianTiadaSerunai Acheh.
chevron (decoration)pucuk rebung (corak)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar.
manuscript hunterpencari naskhah/pencari manuskripKesusasteraanTiadaIndividu yang berusaha untuk mendapatkan naskhah-naskhah asli sebagai simpanan atau untuk dijual. Contoh: Peter Floris dan Pieter Willemsz, van Elbinck yang pada tahun 1604 pernah tinggal di Acheh dan telah mengumpulkan naskhah Melayu kemudian memperdagangkannya.
archaeological evidencebukti arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiData yang diperoleh, dikumpul dan dianalisis hasil gali cari dan survei untuk menentukan fungsi dan peranannya dalam konteks manusia, budaya dan lingkungan. Bantuan sains seperti analisis makmal dan geologi (batuan dan lapisan tanah) digunakan untuk memperoleh data tersebut. Data ini akan menyokong penggunaan dan fungsi sesebuah tapak dan kategori zamannya. Data ini juga dapat menyokong sumber sejarah yang sedia ada. Contohnya, penemuan batu nisan Acheh di Melaka, Johor, Kedah, Perak, Pahang dan Perlis memperkukuhkan pengaruh Acheh di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 M � 18 M.
rebelpemberontakanSains PolitikPolitik PerbandinganPenentangan terhadap kerajaan secara kekerasan dan tanpa mengikut proses perlembagaan. Pemberontakan boleh berlaku kerana perbezaan ideologi, tuntutan pemisahan wilayah dari sebuah negara, kepentingan ekonomi, faktor primordial seperti bahasa, agama, budaya atau mungkin juga kerana didalangi oleh pihak luar yang bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan negara tersebut. Pemberontakan ini lazimnya mendapat tentangan daripada kerajaan atau pihak berkuasa dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang besar kepada kedua-dua pihak. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka telah melancarkan beberapa siri pemberontakan dalam usaha memerdekakan Acheh dari negara Indonesia.
autonomyautonomiSains PolitikHubungan AntarabangsaHak untuk membentuk dan melaksanakan undang-undang atau peraturan tertentu secara bebas di wilayah yang diberikan status autonomi oleh sesebuah negara. Bidang tertentu biasanya tidak diberikan kuasa autonomi seperti angkatan tentera, polis dan perhubungan luar negeri. Contoh wilayah autonomi ialah Acheh, Indonesia dan Mindanao, Filipina.
non-state actoraktor bukan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganAktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF.
national liberationpembebasan kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan nasionalisme yang berjuang untuk membebaskan wilayah dan negara daripada penjajah atau perjuangan kelompok kaum tertentu daripada penguasaan sesebuah pemerintahan. Gerakan ini boleh berbentuk sulit atau secara terang-terangan, bergerak dalam bentuk aman dengan menggunakan cara sah atau melalui keganasan dan kekerasan. Contohnya, Gerakan Quebec di Kanada bergerak secara sah dan aman manakala Gerakan Acheh pula bergerak secara kekerasan. Sinonim pembebasan nasional.
referendumpungutan suaraSains PolitikPolitik PerbandinganBancian pendapat mengenai sesuatu isu yang penting dalam sebuah negara yang memerlukan satu keputusan segera anggota masyarakat. Pungutan suara ini akan menggambarkan pandangan atau pilihan masyarakat manakala kerajaan akan bertindak berasaskan keputusan tersebut. Dalam referendum ini, orang ramai diberi pilihan dan menandakannya di dalam kertas undi yang diedar. Kebiasaannya satu hari atau minggu khas diadakan untuk referendum ini. Contohnya, rakyat wilayah Acheh telah mengadakan referendum dalam isu untuk kekal atau keluar dari Indonesia. Sinonim referendum.
12

Kembali ke atas