Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ci] | اچي

Definisi : diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, me­nge­sahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : batang logam tempat roda berpusing, gandar roda; ~ engkol batang logam berputar yg menyam­bungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan meng­hubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (diucapkan dlm beberapa jenis permainan) jadi; sah; benar: tak ~ tidak jadi; batal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ci] | اچي

Definisi : gandar roda. ~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aci


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah itu aci secra teori?,serta penggunaan aci di stesen janaelektrik?.Aci merujuk pada batang logam tempat roda berpusing, gandar roda. Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan bahan-bahan berhubung dengan penggunaan aci.Lain-lain13.03.2007
Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Sains Malaysia sedang membuat suatu kajian terhadap novel Aci Patmabi oleh Azmi Iskandar Merican keluaran DBP. Oleh yang demikian, saya mohon pihak DBP dapat membantu saya mendapatkan no.tel pengarang novel tersebut. Sekian terima kasih.Terima kasih kerana puan berminat untuk mengkaji buku terbitan DBP. Penulis novel Aci Patmabi boleh dihubungi melalui telefon 0164209225. Sekiranya puan menghadapi masalah, puan boleh menghubungi pihak DBP Wilayah Utara untuk mendapatkan bantuan lanjut.Lain-lain11.05.2014
maksud TRANSMISI(Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713)Makna27.09.2009
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room.Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor.Istilah28.04.2011
apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq

Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh.

Makna09.02.2010

Kembali ke atas