Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batang logam berputar yg menyam­bungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aci engkol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crankshaft pulleytakal aci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinTakal atau roda bergigi yang dipasang di hadapan aci engkol. Takal ini menghubungkan aci engkol dengan tali sawat kipas yang digunakan untuk memacu peranti lain seperti kipas enjin, pam air dan pengulang-alik.
crankshaft end-playkelegaan hujung aci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinHad terima gerakan hujung aci engkol yang dikawal oleh bebibir galas utama. Jarak ini memberikan sedikit ruang kepada aci engkol untuk bergerak secara ulang-alik di sepanjang paksinya.
crankshaft geargear aci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinGegancu yang dipasang pada hujung aci engkol dan berfungsi untuk memacu gear atau gegancu pada aci sesondol. Nisbah gear di antara gear aci engkol dengan gear aci sesondol ialah 2:1 yang menghasilkan laju putaran aci sesondol dua kali ganda berbanding laju putaran aci engkol. Kedua-dua gear atau gegancu ini dihubungkan menggunakan tali sawat atau rantai. Lihat juga gear aci sesondol.
crankshaftaci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran. Fungsi utama gerakan putaran ini adalah untuk memacu kenderaan. Gerakan putaran ini juga digunakan untuk menjalankan komponen asas dan aksesori piawai enjin. Aci engkol dihubungkan dengan omboh melalui rod penyambung dengan jarak kesipian yang bersamaan dengan setengah lejang. Aturan kesipian ditentukan mengikut bilangan silinder dan jujukan nyalaan. Gerakan putaran ini diimbangi pemberat imbang yang merupakan sebahagian daripada aci engkol yang bertujuan memastikan keseimbangan dinamiknya. Aci engkol diperbuat daripada keluli melalui proses penuangan atau tempaan. Lihat juga cemat engkol.
counter weightpemberat imbangKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian unjuran yang diwujudkan dalam aci engkol melalui proses penuangan dan kedudukannya bertentangan dengan setiap jurnal rod penghubung. Bahagian ini menghasilkan berat tambahan yang digunakan untuk mengimbangi putaran aci engkol dan mengurangkan getaran serta beban galas akibat gerakan sifat tekun aci engkol.
crankshaft geargear aci engkolKejuruteraan AutomotifTiadaGear yang dipasang pada aci engkol untuk memacu gear aci sesondol.
crankshaft geargear aci engkolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGear yang dipasang pada aci engkol untuk memacu gear aci sesondol.
camshaft geargear aci sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinGegancu yang dipasang pada hujung aei sesondol dan dipacu oleh gear aci engkol. Gear ini juga digerakkan mengikut pemasaan enjin. Nisbah gear untuk gear aci engkol dan aci sesondol ialah 1:2. Lihat juga gear aci engkol.
vibrating damperperedam getaranKejuruteraan AutomotifTiadaAlat yang dipasang pada hujung aci engkol enjin untuk menentang getaran kilasan aci engkol.
timing belttali sawat pemasaanKejuruteraan AutomotifEnjinTali sawat yang mempunyai gigi yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Tali sawat ini menghubungkan kedua-dua aci melalui gear aci engkol dan gear aci sesondol. Tali sawat ini memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding rantai pemasaan.
12345678910...

Kembali ke atas