Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acorus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.
Acorus calamusjerangauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba saka dalam famili Acoraceae dan tingginya mencapai satu meter. Jerangau hidup liar di tempat berair atau lembap seperti parit, kolam dan sawah padi. Daunnya jenis ringkas, panjang dan lurus seperti rumput. Daunnya tersusun padat pada satu satah membentuk pangkal yang leper. Urat daun selari mengikut panjang daun. Pangkal daun berwarna ungu. Rizomnya merayap dan ditutupi sisik. Isinya berserabut dan berwarna putih. Rizomnya dibuat ubat untuk melegakan masalah angin, kolik dispepsia, demam, ulser usus, reumatik, sakit saraf, disentri, lelah dan jangkitan pada bronkus. Rizomnya mengandungi minyak meruap dan boleh dibuat campuran minuman beraroma dan pewangi. Air rebusan daun dibuat tonik untuk ibu selepas bersalin, manakala air rebusan akarnya digunakan untuk mengurangkan darah nifas dan haid yang terlalu banyak. Jerangau bersifat antibakteria, antiseptik, diaforetik, emetik, antireumatik dan sedatif. Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti X-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limonena dan minyak pati.
calamuskalamusPerubatanTiada1. Rizom kering daripada tumbuhan Acorus calamus.
anticonvulsantantikonvulsanHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau mengawal masalah kekejangan. Contohnya, ekstrak rizom jerangau (Acorus calamus) dan daun bayam duri (Amaranthus spinosus) yang bersifat antikonvulsan.
linearlinearHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang panjang dengan nisbah panjang berbanding lebar 12:1. Contohnya, daun jerangau (Acorus calamus), daun serai (Cymbopogon spp.) dan daun lalang (Imperata cylindrica).

Kembali ke atas