Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cu] | اچو

Definisi : mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut-nakutkan (spt me­ng­angkat atau menghalakan senjata hen­dak menikam dsb); 2. = mengacu-acu me­mikir-mikirkan (sesuatu yg hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya; mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan, menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan menganjur­kan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacu-acukan langkah ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cu] | اچو

Definisi : mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dll); acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cu] | اچو

Definisi : mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb) seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau tidak dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cu] | اچو

Definisi : ; mengacu membentuk sesuatu (spt kuih, peluru) dgn menuang bahan cairnya ke dlm bekas tertentu; menuang. acuan bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.cu] | اچو

Definisi : ; mengacu 1 mengancam dgn menghalakan senjata dsb: Ia ~ hendak menikam. 2 mencuba memakai sesuatu pakaian utk mengetahui padan tidaknya. mengacukan menghalakan senjata (penumbuk dsb) kpd seseorang utk mengancam atau utk menakut-nakuti: Pengganas itu telah ~ senapangnya kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lasercarvingacu laserKejuruteraanTiadaProses membentuk model tiga dimensi dan menggunakan laser.
pin fitacu pinKesenianTiadaUbah suai pakaian mengikut bentuk badan sebelum pakaian dijahit kekal.
wind upgerak acu (Sofbol)PendidikanTiadaTiada
fitting roombilik acuKejuruteraanTiadaTiada
fitting roombilik acuPentadbiran PerniagaanTiadaBilik untuk mengacu pakaian.
wind upgerak acu (Sofbol)SukanTiadaTiada
wind upgerak acu (sofbol)PendidikanTiadaIsyarat tamat: Isyarat tertentu yang diberikan kepada pengacara atau pelakon televisyen, radio atau pentas supaya menamatkan aksi atau percakapan.
moulded draughtdrauf acuKejuruteraanTiadaJarak di antara garis beban musim panas dengan garis dasar yang diukur pada peminggang.
moulded depthdalam acuKejuruteraanTiadaJarak tegak dari atas plat lunas hingga ke atas rasuk geladak atau ke bawah plat geladak yang diukur pada peminggang.
fitting roombilik acuUmumTiadaTiada
12

Kembali ke atas