Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indifference feelingperasaan acuh tak acuhPsikologiTiadaTiada
unresponsive clientpelanggan tak acuhPsikologiTiadaPelanggan yang menghadiri sesi kaunseling secara terpaksa serta tidak mahu memberi sebarang kerjasama.
zone of indifferencezon puas sama; zon tak acuhPsikologiTiadaTiada

Kembali ke atas