Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.


Lihat selanjutnya...(330)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(320)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunya 1 soalan. Apakah asal usul Rewang, Merewang(bergotong royong) yang selalu diguna orang melayu... Kerana ada ada sahabat saya jawa menyatakan Rewang adalah dari bahasa jawa...Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rewang bermaksud gotong-royong sebagai per­siapan untuk menjayakan sesuatu majlis (ter­utama­nya majlis kenduri perkahwinan). Tiada sumber yang menyatakan perkataan rewang berasal daripada bahasa Jawa.Lain-lain10.05.2021
Pihak kami ingin mengadakan Selangor International Race 2023. Kami telah pun memohon pengesahan bahasa daripada DBP tetapi kami dimaklumkan bahawa logo tersebut perlu ditukar kepada Bahasa Melayu. Boleh saya tahu sama ada, ada cara lain untuk saya kekalkan logo tersebut dalam Bahasa Inggeris?

Pihak tuan masih boleh menggunakan nama International Race 2023 dalam program yang dianjurkan dengan syarat logo tersebut mestilah berdaftar terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya tuan membuat pendaftaran tanda dagang (® atau TM ) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Walau bagaimanapun, tuan tetap perlu memasukkan teks bahasa Melayu dalam visual iklan kerana kami tidak mengesahkan tanda dagang, jenama, nama syarikat, iklan bahasa Inggeris, tanda pagar dan yang seumpama dengannya.

Lain-lain07.04.2023
Salam, Harap berikan sedikit tip tentang penggunaan imbuhan "kan'. Saya perhatikan bahawa sama ada imbuhan itu ada ataupun tidak ada, perkataan masih berbentuk kata kerja. Jadi, saya sedikit keliru sama ada nak tambah "kan" ataupun tidak. Terima kasih.

Kata  kerja  tidak semestinya mempunyai imbuhan kerana kata kerja  terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Contohnya, terbang. Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Contohnya, memasak, bukukan, membesarkan dan menggeletar. Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Contohnya, kenal pasti. Kata kerja ganda pula merupakan proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Contohnya, geleng-geleng.

Berdasarkan bentuk kata kerja tersebut, akhiran -kan membentuk kata kerja terbitan. Golongan kata yang boleh bergabung dengan akhiran ini  ialah kata nama, kata kerja tak transitif, kata kerja transitif, kata adjektif dan kata tugas. Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif yang biasanya menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif dan ayat suruhan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam beberapa imbuhan lain, iaitu meN-…-kan, beR-…-kan, mempeR-…-kan, di-…-kan dan dipeR-…-kan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 143-223.

Tatabahasa28.06.2021
apakah maksud Jangankan...pun dan sedangkan...apatah lagi Ada mereka ada perbezaanJangankan bermaksud usahkanjangankan hendak makan, mi­num pun dia tak mahu.
Sedangkan bermaksud sekalipun, walaupun, meskipun: sedangkan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia.
Apatah bermaksud apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, apatah lagi Ali yg miskin itu.
Lihat perbezaan makna dan penggunaan ketiga-tiga perkataan ini melalui contoh ayat yang diberikan.
Tatabahasa19.10.2021
Soalan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk Yazid memberitahu Mustapa bahawa terdapat selekoh di hadapan. Jawaban :Awas ada selekoh di hadapan,” kata Yazid kepada Mustapa. Mengapakah jawaban dia ada muncul ‘awas’.Saya ada beberapa kekeliruan.Bolehkah Tuan memberi penerangan.Terima kasihPenggunaan kata awas dalam ayat tersebut adalah betul kerana membawa maksud berhati-hati ada selekoh di hadapan. Penulisan yang tepat ialah Awas, ada selekoh di hadapan. Walau bagaimanapun, penggunaan kata awas boleh juga ditiadakan. Contoh: Ada selekoh di hadapan.
Lain-lain08.01.2021
Ada dua soalan 1. Panggilan hormat untuk pegawai daerah sama ada YBrs atau YBhg. Adakah jika ada haji itu mempengaruhi penggunaan panggilan hormat ? dan adakah beza sekiranya kedudukannya berbeza? cth: pegawai daerah sebagai penganjur majlis, dan pegawai daerah yang menjadu tetamu kehormat dalam majlis 2. Diskusi Maqasid Syariah dan kaitannya dengan tadbir urus & kepimpinan. Mohon cadangan untuk tambah baik tajuk ini sama ada perkataan "kaitannya" boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Perkaitan ke?

1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.)

2. Cadangan tajuk yang sesuai ialah: "Diskusi Maqasid al-Syariah dan Kaitannya dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan"

Lain-lain28.09.2021
ada panduan untuk suku kata?Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Lain-lain02.11.2022
Ada kesalahan amat serius dalam pentafsiran "Throttle" https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=throttleTerdapat 19 padanan makna bagi perkataan "throttle", mohon tuan/puan untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut untuk semakan kami.Lain-lain09.09.2021
Ada kesalahan pada entri "selepah" di Kamus Bahasa Melayu, yakni pada transliterasi arab pegon. Terimakasih.Terdapat kesilapan pada ejaan Jawi yang terpapar pada laman PRPM untuk entri "selepah". Ejaan Jawi yang betul bagi selepah ialah سلڤه. Kami ambil maklum akan kesilapan ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan supaya dibuat pembaikan.Lain-lain23.05.2021
Ada Pembunuh Kucing di Laman Web YouTube! Adakah tajuk di atas mempunyai kesalahan?Ayat tersebut betul. Tatabahasa12.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas