Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dab] | ادب

Definisi : 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dab] | ادب

Definisi : budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab

Puisi
 

Saya tidak membakar arang,
     Abang mengepit si bunga dedap;
Saya tidak kata sebarang,
     Kerana abang tak tahu adab.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan imbuhan apitan mana yang lebih tepat; didahului ilmu dengan adab atau didahulukan ilmu dengan adab?Penggunaan yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut ialah didahulukan, "didahulukan ilmu dengan adab".Tatabahasa06.01.2022
Assalamualaikum, Yang manakah yang betul? Adab pembaca al-Quran atau adab membaca al-Quran? Terima kasih.Kedua-duanya betul. Sama ada mahu menerangkan kata nama (pembaca) atau kata kerja (membaca).Makna30.05.2019
Bahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu. Ayat di atas pola apa? Merupakan kata apa... Minta penjelasanBahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Jenis pola ayat di atas ialah  FN + FN.

Ayat yang tepat ialah: Bahasa Melayu tinggi juga ialah cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Tatabahasa19.01.2022
kata 'jawab' jadi 'jawapan'. kenapakan kata 'adab' tidak menjadi 'peradapan'?

Adab tidak dieja 'peradapan' kerana bentuk ini adalah kekecualian. Sama halnya dengan kata 'mentertawakan' yang tidak dieja 'menertawakan'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang membincangkan tentang kata.

Tatabahasa27.06.2008
apakah yang dimaksudkan dengan adab? apakah yang dimaksudkan dengan kesusteraan melayu?adakah ia terdiri daripada cerita-cerita,pantun sahaja.boleh nyatakan apakah kompenan yang terdapat dalam kesusteraan melayu?

Adab mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan);

Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada akar kata 'susastera'. Perkataan ini berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit. 'Su' bermaksud indah, baik, lebih faedah. Manakala 'sastera' bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Oleh itu Kesusasteraan Melayu bermakna semua karya yang berkaitan dengan alam Melayu sama ada mengenai kosmologi atau pun kosmografi alam Melayu.

Kompenan dalam kesusasteraan ialah 1. Puisi 2. Cerpen, 3. Novel, 4. Drama.

Lain-lain26.03.2009
Bagaimana untuk menulis bibliografi seperti berikut? Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman (Shohih Muslim) (14121).Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman. Shohih Muslim. 14121.


Ejaan07.08.2015
TUAN, Saya ingin menjelaskan kepada murid-murid sekolah rendah tentang berikut : perkataan " adab" menjadi peradaban. perkataan " jawab" menjadi jawapan. perkataan "lembab" menjadi kelembapan. Mohon bantuan tuan untuk menyatakan peraturan yang menjadikan huruf "b" bertukar kepada "p" dan ada juga perkataan yang kekal huruf "b". terima kasihJawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian.



Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai



disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan



sebagai subentri kepada jawab.







Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi



nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.05.2013
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasihUntuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain).


Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Ejaan06.02.2013
We are event organisers and in the midst of organising our Safety Workshop, Behaviorial Based Safety in Bahasa Malaysia. I would appeciate it if you could help me translate this little 'Behaviorial Based Safety" to Bahasa Malaysia.I was thinking "Adab Keselamatan" but not very certain.Behaviorial Based Safety behaviorial iaitu kelakaran, tingkah laku, perilaku. based iaitu berasaskan, berdasarkan. Adab- menners, etiquette safety iaitu keselamatanMakna05.10.2012
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024
12

Kembali ke atas