Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dab] | ادب

Definisi : 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dab] | ادب

Definisi : budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab

Puisi
 

Saya tidak membakar arang,
     Abang mengepit si bunga dedap;
Saya tidak kata sebarang,
     Kerana abang tak tahu adab.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
courtesyadabPentadbiran PerniagaanTiadaTingkah laku serta tutur kata yang halus dan bersopan.
mannerismadabKesusasteraanTiadaTutur kata atau tingkah laku watak yang khusus dalam drama.
telephone techniquesadab bertelefonPentadbiran PerniagaanTiadaTatacara menerima dan membuat panggilan telefon.
telephone mannersadab bertelefonPentadbiran PerniagaanTiadaTatacara menerima dan membuat panggilan telefon.
misbehaviourkurang adabPendidikanTiadaTiada
diplomatic etiquetteadab tertib diplomatikPentadbiranTiadaTiada
diplomatic etiquetteadab tertib diplomatikSains PolitikTiadaTiada
misbehaviourkurang adabUndang-undangTiadaTiada
diplomatic etiquetteadab tertib diplomatikSejarahTiadaPeraturan yang menentukan perilaku seseorang diplomat atau orang yang menjadi wakil negaranya di negara asing.
table mannersadab makanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12

Kembali ke atas