Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
entang[En.tAN]kata kerjahormat, peduli.Ada dia entang adek-beradek laki dia mai?[A.dA di.jA En.tAN A.de/.b«.ÒA.de/ lA.ki di.jA mAj]Adakah dia peduli saudara mara suaminya datang?
menang[m«.nAN]kata adjektifsempat.Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang buleh aku cari orang laen.[A.dA hAN nA/ m«.nAN p«.bAe/ Òu.mAh A.ku m.kA.lu tA/ m«.nAN bu.leh A.ku tSA.Òi .ÒAN lAen]Adakah sempat kamu, memperbaiki rumah aku, jika tak sempat boleh aku cari orang lain.
tak menang[tA/ m«.nAN] terlalu sibuk, sangat sibuk; tak menang tangan.Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang buleh aku cari orang laen.[A.dA hAN nA/ m«.nAN p«.bAe/ Òu.mAh A.ku m.kA.lu tA/ m«.nAN bu.leh A.ku tSA.Òi .ÒAN lAen]Adakah kamu terlalu sibuk untuk memperbaiki rumah aku, jika terlalu sibuk boleh aku cari orang lain.
tak menang tangan[tA/ m«.nAN tA.NAn] terlalu sibuk, sangat sibuk; tak menang.Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang tangan buleh aku cari orang laen.[A.dA hAN nA/ m«.nAN p«.bAe/ Òu.mAh A.ku m.kA.lu tA/ m«.nAN tA.NAn bu.leh A.ku tSA.Òi .ÒAN lAen]Adakah kamu terlalu sibuk untuk memperbaiki rumah aku, jika terlalu sibuk boleh aku cari orang lain.

Kembali ke atas