Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tadabbur atau tadabur? Adakah ia perlu dieja secara italic? saya membuat semakan dalam KD, tetapi tidak dapat dijumpai perkataan tersebut.

Ejaan yang betul ialah  tadabur dan tidak perlu diitalikkan.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, 2021, halaman 2203.

Ejaan07.12.2022
Adakah frasa dibawah menepati Tatabahasa Bahasa Melayu? 1. Rasa Sebenar Penang 2. Rasa Autentik Penang Terima Kasih

Kami mencadangkan padanan fasa berikut:


1. Cita Rasa Pulau Pinang Sebenar.

2. Cita Rasa Pulau Pinang Asli.

Tatabahasa22.04.2024
Adakah perkataan Quasi wujud dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan perkataan Quazi dan Kuasi? Yang manakah paling tepat? Istilah bagi bidang biologiPadanan bagi istilah quasi yang tepat dalam bahasa Melayu, dalam bidang sains dan perubatan ialah kuasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.04.2024
Adakah lailatulqadar juga bleh dieja dengan malam al-Qadar ? mengapa tidak dieja dengan huruf besar dihadapan ?Benar, malam lailatulqadar juga dikenali sebagai malam al-Qadar (sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan DBP tahun 2020 halaman 1396).

Perkataan Arab "al" diterima sebagai penunjuk bagi kata nama khas, diletakkan tanda sempang selepasnya dan diikuti dengan huruf besar kata nama khas yang diperkatakan, misalnya al-Baqarah, al-Wali dan al-Quran. Kata "al" hanyalah kata umum yang boleh digabungkan dengan banyak kata nama lain yang fungsinya sama seperti "the" dalam bahasa Inggeris.

Kata "al" boleh berada di tengah-tengah ayat dengan ejaan huruf kecil seperti malam al-Qadar, manakala pada awal ayat dieja dengan huruf besar seperti Al-Quran sentiasa dibaca oleh Aminah.
Ejaan01.04.2024
Adakah peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" masih dikekalkan atau ada perubahan..?Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Sastera28.03.2024
Adakah "gemuk" dan "gempal" mempunyai maksud yang sama atau berbeza?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "gemuk" ialah  "tidak kurus, besar badan, besar kerana banyak dagingnya atau benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yang terdapat dalam tubuh binatang" manakala "gempal" bermaksud "gemuk sedang. Maka perkataan gemuk dan gempal adalah sinonim."Makna28.03.2024
Adakah istilah "didanai" boleh diguna pakai dalam ayat? Contoh ayat: Modal didanai oleh Amilia.

Perkataan “didanai” boleh digunakan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) hlmn. 475.

Tatabahasa19.03.2024
adakah disediakan semakan bahasa bagi persuratan tentera. jika tiada bolehkah diwujudkan atau menyediakan semakan bahasa bagi persuratan tentera di dalam laman sesawang ini.Untuk makluman tuan, DBP menyediakan penyemakan dokumen bahasa Melayu yang diuruskan oleh Bahagian Penguakuasaan, DBP. Untuk pertanyaan lanjut tentang perkara ini, tuan boleh menghubungi talian 03-2147 9100/9200 atau e-melkan pertanyaan tuan kepada kuatkuasa@dbp.gov.my.Lain-lain06.03.2024
Adakah frasa "belong to and identify with" dalam ayat "our "self-identity" that is related to the groups we belong to and identify with,..." sesuai diterjemahkan sebagai "(kumpulan-kumpulan yang kita) tergabung dan kenali"? Apakah padanan yang lebih sesuai bagi "belong to" dan "identify with" dalam konteks ini?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa belong to and identify with ialah rasa diterima dan mempunyai perkaitan dengan.Penyemakan dan penterjemahan18.02.2024
Adakah nama bagi spesies tuntung berikut sesuai digunakan: tuntung sungai (Batagur affinis), tuntung muara (Batagur baska), tuntung laut (Batagur borneoensis).Padanan bahasa Melayu bagi istilah batagur baska ialah tuntung. Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok tuntung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain08.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas