Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaElok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak?
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail tepi beting, Putus joran tinggal pancing; Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?
Kurik Kundi Merah SagaSarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.
Kurik Kundi Merah SagaYam Tuan Raja Maktabar, Sheikh Idrus datuk pendeta; Adakah tuan mendengar khabar? Saya yang kurus menanggung cinta.
Kurik Kundi Merah SagaHilanglah nila pembantu puan, Sayang berempat buah pedada; Adakah hilang kasihmu tuan? Burung terbang dipipis lada.
Kurik Kundi Merah SagaDi Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaSudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk?
Kurik Kundi Merah SagaKalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?
Kurik Kundi Merah SagaMenanam bemban dalam ladang, Bunga rampai dalam puan; Kukirim pada kumbang terbang, Adakah sampai padamu tuan?
12

Kembali ke atas