Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adakah duri dipertajam?Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adakah buaya menolak bangkai?Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur?Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya?Merendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya (darjatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai minyak dengan air.Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas