Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 
Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?

Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
close ended question in counselingsoalan tertutup dalam kaunselingPsikologiPsikologi UmumSalah satu teknik melontarkan soalan kepada klien dengan menggunakan format binari atau pelbagai pilihan. Contoh soalan tertutup ialah �Adakah anda pernah berjumpa dengan kaunselor selepas kejadian ini berlaku?� Kadangkala, bagi mendapatkan fakta yang lebih tepat klien diminta untuk memberikan pandangan dan perasaan mereka pada ketika itu. Contohnya, pertanyaan seperti �Adakah suami anda bekerja kuat?� Jawapan yang perlu diberikan oleh klien bagi soalan seperti ini ialah sama ada �Ya� atau �Tidak�.

statementpernyataanMatematikTiadaSejenis ayat yang sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contoh pernyataan: 2 kurang daripada 4. (benar). 2 kurang daripada 1. (palsu). Contoh ayat yang bukan pernyataan: Adakah segi tiga itu mempunyai sudut tegak? (bentuk soalan) Cantiknya segi tiga itu! (bentuk seruan)

Kembali ke atas