Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakalanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan 'adakala' dirapatkan. Adakah ejaan 'adakalanya'dirapatkan juga. Sekiranya ejaannya 'ada kalanya' dijarakkan, mengapakah begitu?Ejaan yang betul ialah adakala dan adakalanya.Tatabahasa07.09.2020
Tuan, Di biasanya diakhiri dengan kan namun adakalanya di tidak diakhiri dengan kan atau i seperti dalam diakhiri. Bila masanya di diakhiri dengan kan atau i dan bila pula ia tidak begitu. Mohon tuan berikan penjelasan. Terima kasih.Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "mempelopori" (bentuk aktif) dan "dipelopori" (bentuk pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 202 dan 208.Tatabahasa24.05.2011
Salam.. Saya ingin kepastian ejaan. Adakala dieja rapat. Tapi bagaimana pula dengan 'adakalanya' atau 'ada kalanya'. Kedua-duanya ditemui dalam kamus. Terima kasihEjaan yang betul ialah ada kalanya yang membawa maksud ada masanya (ketikanya), kadang-­kadang.Tatabahasa24.11.2017
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya.Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.  ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..."Tatabahasa06.01.2015
Apakah perbezaan antara kumpulan dengan pasukan?Kumpulan dan pasukan mempunyai maksud yang hampir sama dan adakalanya boleh digunakan kedua-duanya seperti kumpulan kerja pasukan kerja. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu penggunaannya berbeza, seperti pasukan bola sepak, bukan kumpulan bola sepak. Untuk maklumat lanjut tentang makna kata dan konteks penggunaannya, sila rujuk PRPM.Tatabahasa01.09.2021
Boleh saya mohon pengesahan untuk pengejaan berikut: 1. kadangkala atau kadang kala 2. adakala atau ada kala 3. adakalanya atau ada kalanya -liyanaEjaan yang betul ialah:
1. kadangkala
2. adakala
3. ada kalanya 
Ejaan01.01.2021
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "dan" dan koma (,) sebelum perkataan tersebut. Saya sering menemui terjemahan yang menggabungkan kedua-dua perkara ini. Contohnya, "Adakalanya tempat itu turut mengadakan acara untuk kanak-kanak, konsert, dan banyak lagi". Mohon beri penjelasan penggunaan koma (,) sebelum perkataan "dan" di atas. Perlukah saya meletakkan koma, sebelum menggunakan perkataan "dan"? Terima kasih.Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya;  Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan tanda koma sebelum "dan" tidak diperlukan.Tatabahasa03.12.2018
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online..Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain04.11.2015
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasihPerkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan.

Sila perhatikan contoh ayat tersebut;

a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.
b. Ali memandu kereta dengan laju.
c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras.
d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah.
e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.
Tatabahasa12.12.2013
1234

Kembali ke atas