Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kan] | اداکن

Definisi : mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakan

Puisi
 

Kalau masak buah padiku,
     Sayang sendipak dibawa turun;
Jikalah sudah datang hatiku,
     Adakan kutipak kubawa turun.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whoever imaginesbarang siapa mengada-adakanUndang-undangTiadaTiada
المبتدعmubtadi‘Agama IslamFiqhOrang yang mengada-adakan sesuatu ajaran atau amalan yang bercanggah dengan syariat Islam.
inertia forcedaya sifatekunMekanikGunaanDaya yang diada-adakan untuk mewujudkan keseimbangan pada sistem yang sebenarnya bukan dalam keseimbangan. Jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang F akan mengalami pecutan pusat jisim aG. Nilai F dan aG dihubungkan oleh persamaan gerakan F = maG, dengan m sebagai jisim jasad itu. Sistem tersebut akan berkeseimbangan, dilihat dari segi gerakan linear, jika daya –ma ditambahkan kepada sistem daya asal tadi. Vektor –ma, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama dan hala yang bertentangan dengan F dan dikenakan di pusat jisim G, dinamai daya sifatekun. Dalam analisis, vektor daya sifatekun dikenali dengan cara yang sama seperti pengendalian vektor daya biasa. Konsep ‘daya sifatekun’ ini digunakan dalam analisis yang menggunakan prinsip d’Alembert. Daya ini juga dinamai daya berkesan songsang. Sinonim daya inersia. Lihat juga keseimbangan dinamik, prinsip d’Alembert.
inertia coupleganding sifatekunMekanikGunaanGanding khayali yang diadakan-adakan untuk mewujudkan ‘keseimbangan’ putar pada sistem yang sebenarnya tidak berada dalam keadaan keseimbangan berkenaan. Jasad yang ditindak oleh momen tak terimbang M akan mengalami pecutan sudut a dihubungkan oleh sebutan M =Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama tetapi hala yang berlawanan dengan M dinamai ganding sifatekun. Dari segi matematik, ganding sifatekun dikendalikan dengan cara yang sama seperti vektor momen yang biasa. Gagasan ganding sifatekun ini digunakan dalam prinsip d’Alembert. Lihat juga daya sifatekun, prinsip d’Alembert.
البدعةbid’ahAgama IslamHadithPerkataan atau perbuatan yang diada-adakan berkaitan dengan agama bukan daripada ajaran Rasulullah s.a.w. dan sahabat.
الموضوعḤadīth palsuAgama IslamHadithḤadīth yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w.
nonsense versepuisi karutKesusasteraanTiadaSajak ringan yang sangat mengasyikkan kerana iramanya yang menarik dan gagasan yang diada-adakan.
deus-ex-machinadens-ex-machinaKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, �...maka dengan sekonyong-konyongnya...�. Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �tuhan jentera�. Lihat juga melodrama, plot.
d’Almerbert’s principleprinsip d’AlembertMekanikGunaanKaedah mengenakan persamaan gerakan dengan menambahkan vektor daya sifatekun dan ganding sifatekun ke dalam sistem daya asal. Melalui kaedah ini, persamaan gerakaan F = ma, M = Ia masing-masing ditulis sebagai F – ma = 0, M = Ia = 0. Dengan demikian, masalah berkenaan diselesaikan sebagai masalah statik kerana penjelmaan itu memberikan hasil tambah daya dan hasil tambah momen yang sifar. Keseimbangan yang diwujudkan ‘pada kertas’ itu dinamai keseimbangan dinamik. Kaedah ini kini kurang digemari lagi kerana penerapannya memerlukan penggunaan keadaan yang diada-adakan untuk memerihalkan keadaan sebenar. Kaedah tersebut digunakan dengan meluas pada masa kefahaman tentang statik telah mencapai tahap yang tinggi tetapi kefahaman tentang dinamik masih terhad. Lihat juga keseimbangan dinamik, persamaan gerakan.

Kembali ke atas