Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nilai kebenarantruth valueNilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu.Menengah Atas
tentu sahverifyProses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah.Menengah Atas
perpuluhan berakhirterminating decimalPerpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contohnya, 0.123 dan 231.7023.Menengah Rendah
poligon sekataregular polygonPoligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. Lihat ContohMenengah Atas
rawakrandomPerihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama.Menengah Atas
sebutan serupalike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang sama dan kuasa setiap pemboleh ubah adalah sama. Contohnya, (i) 3x dan -2x (ii) 5x² dan 6x²Menengah Rendah
petua indeks sifarzero index rulePernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1.Menengah Atas
teorem tembereng selang-selialternate segment theoremCiri yang menyatakan bahawa sudut dalam tembereng yang berselang-seli adalah sama. Lihat ContohMenengah Rendah
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang berbeza atau kuasa setiap pemboleh ubah adalah berbeza. Contohnya, 3x dengan 3x², dan 2y dengan 2z.Menengah Rendah
rawakrandomPerihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas