Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

1.    1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

1.    Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.






Tatabahasa26.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Adakah penggunaan adalah betul dalam konteks tersebut? -Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali. -Majlis ini adalah tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia. -Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan.....etcKedua-dua ayat tersebut betul penggunaan adalah 1. Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali 2. Majlis ini adalah tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia. Perkataan adalah tidak boleh digunakan pada awal ayat seperti Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa...Tatabahasa17.11.2020
Salam, bolehkah kita mulakan ayat dengan kata pemeri, seperti "Adalah dianggarkan ..." atau seperti, "Namun begitu, adalah tidak tepat ...?" Terima kasihKata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan  kata pemeri "adalah" dalam ayat "Adalah dianggarkan ..." tidak betul.


Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif. Oleh itu, ayat "Namun begitu, adalah tidak tepat ... " boleh digunakan.
Lain-lain14.03.2022
bolehkah perkataan "Ini adalah" digunakan di awal ayatSalam sejahtera, Ini merupakan kata yang digunakan untuk waktu, tempat atau benda yang dekat. Oleh itu, untuk menggunakan perkataan ini pada awal ayat adalah salah. Sekiranya mahu menggunakan perkataan ini, perlulah meletakkan perkataan lain. Contoh: 1. Perkara ini adalah ... 2. Hal ini adalah ... 3. Langkah ini adalah... Sekian, terima kasih.Tatabahasa25.03.2020
Bagi penggunaan huruf besar dalam tajuk buku, adakah perkataan "adalah" perlu dibesarkan atau dikecilkanl? Contoh: "Dunia Adalah Sebuah Apartmen" atau "Dunia adalah Sebuah Apartmen"? Buku ini ialah terbitan DBP, dan saya perlu memastikan gaya huruf besar/kecilnya.

Kata pemeri “adalah” perlu ditulis dengan huruf kecil pada tajuk buku.

“Dunia adalah Sebuah Apartment”
Tatabahasa23.02.2024
Adalah perkataan Roselle sudah diterima dan diguna pakai dalam bahasa Melayu? Atau adakah ejaan lain yang tepat untuk Roselle? Mohon pencerahanPadanan kata bagi "roselle" dalam bahasa Melayu ialah "rosel" atau "rozel". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).Ejaan14.03.2024
Adalah DBP memberi perkhidmatan terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia untuk buku tulisan? Jika ada, apakah kos nya? Penjemahan disahkan oleh pihak DBP? Jawapan diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih
Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
Penyemakan dan penterjemahan08.04.2021
Saat ini, yang mustahak untuk dilakukan ialah/adalah memulakan kehidupan baru. Ialah atau adalah? Kalau tambah "untuk" di hadapan "memulakan" itu mungkin lebih tepat kalau guna "adalah", tapi nanti jadi ada dua perkataan "untuk" kan jadi tak kemas. Lagipula "memulakan" itu kata kerja kan? Jadi tak boleh pakai adalah? Sekian Terima kasih

Ayat yang betul ialah "Saat ini yang mustahak untuk dilakukan, memulakan kehidupan baru." Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263-265.

Tatabahasa03.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas