Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
keabadian tenagaconservation of energyJumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.Menengah Atas
hukum FaradayFaraday lawHukum yang menyatakan bahawa magnitud arus aruhan adalah berkadar langsung dengan kadar pemotongan fluks magnet atau kadar perubahan fluks magnet.Menengah Atas
ribosomribosomeOrganel berbentuk sfera yang terdiri daripada protein dan RNA. Ia adalah tempat sintesis protein dalam sel.Menengah Atas
takat leburmelting pointSuhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C.Menengah Rendah
elektrolisiselectrolysisProses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. Lihat RajahMenengah Rendah
ukuranmeasurementNilai pelbagai kuantiti hasil daripada pengukuran atau penyukatan. Contohnya, ukuran bagi jisim adalah dalam unit kilogram.Sekolah Rendah
keabadian momentum linearconservation of linear momentumJumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut.Menengah Atas
hukum OhmOhm lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar.Menengah Atas
arteri pulmonaripulmonary arteryArteri yang menghubungkan ventrikel kanan jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah ternyahoksigen ke paru-paru.Menengah Atas
pusat graviticentre of gravityTitik paduan daya yang bertindak pada sesuatu jasad kerana kewujudannya dalam medan graviti adalah seragam.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas