Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pendustaanperbuatan mendustai: Kebenaran adalah amanah dan ~ adalah khianat.Kamus Pelajar
kedustaanperihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat;Kamus Dewan Edisi Keempat
adalah1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adalah1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
adalah1. (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miskin. 2. (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya) ialah: Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat.Kamus Pelajar
kependekan1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
dusta1. bohong, tidak benar: katanya dia se­dang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pem­bo­hongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pem­bohong.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaul IAr 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, ke-turunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permin­taannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; berkaul berniat atau berjanji hendak me­lakukan sesuatu (apabila permintaannya di­luluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hen­daklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
peribadi1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyerapan1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas