Asal ditugal, adalah benih. | Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada air, adalah ikan. | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. hering = burung pemakan bangkai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. | Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada gula, ada semut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sang genap: ada orang adalah dia. | Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak manusia nan tidak gawal. | Salah dan sikap adalah sifat manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul. | Hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Tuhan. kaul = nazar, niat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |