Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.da.lah] | اداله

Definisi : 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada air,
     adalah ikan.

Bermaksud :

Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shall be guiltyadalah bersalah; adalah melakukan kesalahanUndang-undangTiadaTiada
regression modelmodel regresiGeografiTiadadi mana y adalah pemboleh ubah kesan dan x1..... adalah pemboleh ubah penyebab, sementara a dan b adalah pemalar. E1 adalah anggaran ralat piawai bagi persamaan tersebut.
inequivalenceketaksetaraanKejuruteraanTiadaGet logik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: jika salah satu kenyataan atau masukan P dan Q adalah benar/tinggi, maka hasil kenyataan/kenyataan adalah benar, tetapi kenyataan/masukan adalah palsu/kosong jika kedua-dua P dan Q adalah benar/sama.
domain namenama domainTeknologi MaklumatTiadaNama komputer hos yang menjadi pelayan. Contohnya nama domain komputer pelayan Dewan Bahasa adalah dbp.gov.my yang membawa maksud berikut; dbp adalah nama organisasi (hos), .gov adalah jenis organisasi hos (kerajaan) dan .my adalah nama negara (lokasi hos). Lihat nama domain layak penuh.
double imageimej gantiKesenianTiada1. Imej yang boleh memberi ilusi imej yang lain, seperti pokok adalah tangan atau awan adalah mata.
YUVYUVTeknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb.
aridity indexindeks kegersanganGeologiTiadauntuk mengukur sifat kegersangan sesebuah kawasan iklim. Indeks kegersangan dikira mengikut formula:- indeks kegersangan = 100d/n di mana d adalah kekurangan air, n adalah jumlah bulan yang mempunyai kekurangan air.
arithmetic logic unit (ALU)unit aritmetik logikTeknologi MaklumatTiadaUnit aritmetik dan logik adalah litar digit yang merupakan komponen utama di dalam unit pemprosesan pusat (CPU). Fungsi ALU adalah untuk melaksanakan operasi aritmetik integer seperti menambah, mendarab, membahagi dan pengurangan. Manakala operasi logik adalah seperti DAN, ATAU, TAK dan X-ATAU.
ErgonomicsergonomikTeknologi MaklumatTiadaDalam persekitaran pengkomputeran, ergonomik adalah kajian saintifik berkenaan hubungan mesra antara peralatan komputer, pengguna dan persekitaran penggunaan komputer. Sebagai contoh, faktor yang di kaji adalah seperti reka bentuk fizikal papan kekunci, kedudukan monitor, susun atur peranti, cara pengguna berinteraksi dengan peranti komputer dan saiz reka bentuk meja komputer. Misalnya papan kekunci ergonomik direka bentuk untuk mengurangkan sindrom cumulative trauma disorder (CTD) iaitu kecederaan tisu saraf sensitif yang disebabkan oleh pergerakan berulang yang beribu-ribu kali sehari. Istilah ergonomik berasal dari perkataan Greek iaitu ergonomos. “Ergos” bermaksud kerja, dan “nomos” bererti hukum tabii bagi sesuatu. Ergonomik adalah kajian untuk menyesuaikan mesin dan persekitarannya dengan manusia dan bukan sebaliknya.
monic polynomialpolinomial monikMatematikTiadaSuatu polinomial yang pekalinya adalah integer, pekali bagi sebutan darjah tertinggi adalah + 1.
12345678910...

Kembali ke atas