Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ = cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata sendi nama “dari” untuk tempat. Bagaimana dalam konteks Syurga sebagai sumber asal Adam dalam ayat ini. Adam dikeluarkan dari syurga atau Adam dikeluarkan daripada syurga kerana melanggar perintah Allah SWT. Mana yang betul?Adam dikeluarkan dari syurga kerana merujuk kepada tempat (syurga).Tatabahasa20.03.2018
Saya ingin bertanya, di dalam dialog berikut sama ada perkataan 'datuk', 'ayah' dan 'ibu' ditulis dengan huruf besar atau kecil: "Adam rindulah kepada datuk. Bila datuk hendak datang ke rumah Adam? Nanti Adam suruh ayah dan ibu ambil datuk, ya!" kata Adam dengan penuh kesungguhan.Perkataan datuk, ayah dan  ibu ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata.Tatabahasa24.05.2013
Adam Justin Salam sejahtera. Saya ingin bertanya kenapa sijil peraduan menulis cerpen 2013 masih belum sampai lagi...Tahun lepas saya ada mengikuti peraduan tersebut.. Terima Kasih.Sila berhubung terus dengan Bahagian Pengembangan Kesusateraan Kanak-kanak dan Remaja/Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479203/9204/9128/9130 atau e-mel shahrun@dbp.gov.my/filzah@dbp.gov.my/nurulaina@dbp.gov.my/ baidari@dbp.gov.my.Lain-lain29.05.2014
Salam sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma selepas frasa 'ibu Adam' dalam ayat berikut? - "Juliana, ibu Adam, tertekan dengan kemiskinan." - Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Juliana, ibu Adam tertekan dengan kemiskinan."Tatabahasa12.12.2019
Muhammad Adam SEP 8TH, 8:20AM Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya. DBP ada tak aplikasi Kamus Dewan untuk pengguna telefon pintar android?Sila muat turun Kamus Pro Online Dictionary.Lain-lain19.09.2016
saya Azila Adam,saya ada satu soalan, apakah peranan pembinaan dan pengurusan pangkalan data dalam pembangunan bahasa dan penyebaran ilmu?

Puan Azila, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 pembinaan dan pengurusan pangkalan data memang memainkan peranan penting dalam pembangunan bahasa dan penyebaran ilmu kerana daripada sumber-sumber inilah sesuatu etimologi perkataan dan bahasa itu dapat dijejak atau dikesan dan seterusnya baharulah disebarkan. Walau bagaimanapun Puan boleh mendapatkan huraian yang lebih terperinci dengan menghubungi bahagian penyelidikan DBP.

Lain-lain21.03.2009
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih.Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belakaTatabahasa27.03.2012
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50.
Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30),  Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). 
Tatabahasa25.01.2021
apakah yang dimaksudkan dengan peranan keluarga dalam kejayaan anak-anak?

Beberapa persoalan perancangan keluarga | Adam A. Kadir">Adam A. Kadir | Dewan Masyarakat | 15/11/1978

Berbudi bahasa membentuk keluarga bahagia (Diwawancara oleh Azrina Md. Zain) | Zaleha Ismail | Pelita Bahasa | 01/06/2005

Lain-lain22.03.2008
selamat sejahtera, Tolong perbetulkan ayat-ayat berikut: 1. Saya suka beri makan ikan./Saya suka beri ikan makan. 2. Saya memancing di dalam kolam./Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu belikan ikan emas kepada saya. Saya bagi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz besar. Adakah ayat majmuk berikut betul? Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bendera bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Adakah perkataan dalam kurungan dalam ayat berikut boleh digunakan?(Dua/Kedua-dua) orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (Sila, Jemput, Mari) masuk ke dalam rumah. Jika terdapat perkataan dalam kurungan dalam ayat di atas tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut,tolong jelaskan mengapa. Bantuan tuan sangat dihargai, terima kasih.1. Saya suka memberi ikan makan.
2. Saya memancing ikan di dalam kolam.
3. Ibu membelikan ikan emas kepada saya. Saya memberi ikan saya makan.
4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar.
5. Dua/Kedua-dua orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
6. Sila/Jemput/Mari masuk ke dalam rumah.
Tatabahasa16.10.2012
123

Kembali ke atas