Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ = cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAM

Adam ialah nama keluarga empat bersaudara

berbangsa Scotland, Robert, James, John, dan

William, yang kesemuanya terlatih sebagai arkitek.

Robert Adam (1728–1792) memperkenalkan gaya Adam

dalam reka bentuk dan hiasan dalaman Inggeris.

James Adam (1730–1794) bekerja rapat dengan

saudaranya Robert.

UMUM 
GORDON, ADAM LINDSAY UMUM 
ADAM, JOHN C.Adam, John C. lihat Neptun (Penemuan).UMUM 
ADAM MALIK

Adam Malik (1917–1984) ialah negarawan

Indonesia, yang menjadi Presiden Perhimpunan

Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1971

dan 1972. Dia berkhidmat sebagai Menteri Luar

Indonesia dari tahun 1963 hingga 1966. Dia

menjadi Timbalan Presiden Indonesia dari tahun

1978 hingga 1983.

UMUM 
SMITH, ADAM

Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi

moden. Buku Smith yang terpenting ialah The

Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the

Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku

yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya

lengkap yang pertama tentang ekonomi politik.

Buku ini membincangkan perhubungan antara

kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses

ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh

sistem merkantil British terhadap perdagangan

bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini

disulam bersama untuk membentuk teori sosial

yang seragam.

UMUM 
ADAM A.KADIRADAM A. KADIR, Dato’ (1942- ), penulis dan ahli politik.SASTERATokoh
NABI ADAM A.S.

Nabi Adam a.s. ialah bapa bagi seluruh umat

manusia dan makhluk pertama diciptakan oleh Allah

SWT dari kalangan manusia sebagai khalifah di

bumi bersama zuriat-zuriatnya yang akan

memakmurkan dan mewarisinya.

UMUM 
ADAM MALIK, TUN

Adam Malik, Tun (1917-1984), Menteri Luar dan Timbalan Presiden Republik Indonesia (1978-1983). Beliau dilahirkan pada 22 Julai 1917 di Pematang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI NUH A.S.

Nabi Nuh a.s. ialah nabi kedua selepas Nabi

Adam a.s. seperti yang disebut di dalam al-Qur'an.

Nabi yang pertama selepas Nabi Adam a.s. ialah

datuk Nabi Nuh a.s., Nabi Idris a.s. Nabi Nuh a.s.

adalah rasul pertama sebagaimana yang terdapat

dalam hadith tentang syafaatnya yang diriwayatkan

oleh Muslim daripada Abu Hurayrah r.a. yang

bermaksud: “Wahai Nuh, engkau ialah rasul yang

pertama diutus ke bumi ...”.

UMUM 
NABI AYYUB A.S.

Nabi Adam a.s. ialah bapa bagi seluruh umat

manusia dan makhluk pertama diciptakan oleh Allah

SWT dari kalangan manusia sebagai khalifah di

bumi bersama zuriat-zuriatnya yang akan

memakmurkan dan mewarisinya.

UMUM 
12

Kembali ke atas