Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adanya guru bahasa yang telah memberi nasihat agar tidak menggunakan "ia" sebagai ganti nama ketiga kerana dianggap salah. Sejurus dengan itu turut disarankan tidak menggunakan perkataan "ia" dalam sebarang pembentukan ayat mahupun dalam penulisan karangan. Adakah nasihat tersebut tepat?Kata 'ia' sebagai kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan) dan sama makna dengan dia. Kata 'ia' juga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan. Oleh itu, kata 'ia' boleh digunakan dalam wacana. Walau bagaimanapun jika fungsi 'ia' sebagai kata ganti nama diri ketiga eloklah digunakan 'dia'. Tatabahasa06.02.2011
Dalam perkhemahan, adanya istilah gajet. Adakah istilah itu boleh digunakan atau ada padanan dalam bahasa Melayu? Istilah itu digunakan dalam silibus pengakap dsb. serta ada dalam DSKP PJK Tahun 5. Terima kasih.Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan.Istilah05.08.2016
(1) Dengan adanya The Book of the Month Club, pengguna mendapat jaminan mereka membaca buku sama seperti orang lain juga. (Persoalannya: Perlukah The Book of the Month Club itu dicondongkan?)Sekiranya judul buku, perlulah dicondongkan ataupun diberi tanda petik, "The Book of the Month Club".Lain-lain09.11.2011
Adakah bahasa melayu mempunyai kata atau frasa sapaan yang unik apabila menjawab panggilan telefon seperti dalam bahasa Jepun adanya 'moshi moshi' dan bahasa Inggeris adanya 'Hello'?Bahasa Melayu tidak mempunyai kata atau frasa sapaan yang unik, namun begitu, tuan/puan boleh menggunakan kata ucapan selamat pagi, selamat petang, Assalamualaikum dan sebagainya yang bersesuaian.Lain-lain31.10.2018
Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanyaPerkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut.Tatabahasa25.11.2011
Tuan, saya memaklumi bahawa adanya perkataan "memperkawani", tetapi mengapakah saya tidak menjumpai kata "memperkawani" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua? Adakah kata "memperkawani" benar-benar wujud dalam bahasa Melayu?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih.

Saudara Haziq,

Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat.  Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita.

Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan  menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'.     

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Tatabahasa15.03.2010
Apakah tiga perkataan utama bahasa Melayu sebelum adanya bahasa Melayu sekarang?

Saudara perlu membuat kajian lanjut untuk membuktikan bahawa dakwaan saudara (ada tiga kata asal) itu benar. Mungkin persoalan itu sekadar suatu teka-teki yang tidak berhujah. Sila buat rujukan melalui buku-buku mengenai asal-usul bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakan yang berdekatan dengan saudara.

Lain-lain19.05.2009
Assalamualaikum, Apakah maksud perkataan pemeran? Contoh ayat: 1. Pengakuan adanya berkaitan peranan antara pemeran. 2. Strategi merupakan kaedah yang digunakan oleh pemeran untuk mencapai tujuan tertentu. terima kasih.Dalam bidang Komunikasi pemeran jahat atau watak pemeran digunakan sebagai padanan istilah bad guys. Dalam bahasa Indonesia pemeran bermaksud aktor atau pelakon lelaki tetapi bahasa Melayu mengekalkan yang sedia ada.Tatabahasa16.12.2012
Apakah maksud 'ayat transformasi'? Sila berikan contoh ayat.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa17.09.2008
12345678

Kembali ke atas