Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dap] | ادڤ

Definisi : adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dap] | ادڤ

Definisi : hadap. adap-adapan, = nasi ~ pulut kuning yg dihidangkan di hadapan pengantin ketika bersanding. mengadap menghadap (raja atau orang besar-besar); menemui: Tun Bija Sura telah dititahkan masuk ~ Sultan Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasihUntuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain).


Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Ejaan06.02.2013
sdra, tolong emel cara/adap sopan/protokol surat kiriman dan menulis alamat kepada dymm sultan johor. terima kasih.Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku Bahasa Diraja, karya Asmah Haji Omar, terbitan DBP.Lain-lain18.02.2012
Tuan, Soalan saya berkenaan kata mengadap (seperti mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia). Apakah kata dasarnya, adakah adap? Atau penggunaannya yang betul ialah menghadap? Terima kasih.

Kata terbitan yang betul ialah menghadap iaitu datang menemui raja atau orang besar-besar. Kata dasar hadap dan menerima awalan meN-.

Tatabahasa29.12.2011
TUAN, Saya ingin menjelaskan kepada murid-murid sekolah rendah tentang berikut : perkataan " adab" menjadi peradaban. perkataan " jawab" menjadi jawapan. perkataan "lembab" menjadi kelembapan. Mohon bantuan tuan untuk menyatakan peraturan yang menjadikan huruf "b" bertukar kepada "p" dan ada juga perkataan yang kekal huruf "b". terima kasihJawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian.



Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai



disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan



sebagai subentri kepada jawab.







Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi



nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.05.2013

Kembali ke atas