Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencer­minkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan se­suatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang se­puluh buah drama Perancis telah diadap­tasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang asimilasi dan adaptasi bahasa pelbagai kaum di Malayysia. bagaimana kita dapat kaitkzn dgn bahasa Melayu?Asimilasi dan adaptasi berlaku dalam pelbagai bahasa selagi bahasa itu berkembang dan terus hidup termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu.Lain-lain17.02.2009
Ida Nardiel Rasid Nov 7th, 12:23pm DBP ada jual buku tentang adaptasi novel ke drama atau filem tak?Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menjual buku berkaitan adaptasi novel ke drama atau filem.Lain-lain07.11.2014
1) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptasi 2) Adaptive Hypermedia System = Sistem Hipermedia Adaptif Yang mana satukah terjemahan istilah yang betul? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah sistem hipermedia adaptif.Istilah18.07.2008
1)standardization 2)adaptation 3)market intelligence1)standiardisasi )adaptasi 3)perisikan pasaranEjaan18.01.2011
bolehkah Puan/cik/Encik menerangakn lebih pendalam tentang asimilasi dan adaptasi dari aspek bahasa melayu dlm pelbagai kaum di Malaysia. bole berikan contoh bersama bagi memudahkan sy utuk lebih memahamiBahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Usaha ini dilakukan antaranya untuk mengambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan/istilah khusus merujuk kepadanya, contohnya; dari bahasa Cina (apek, angpau, camca) dan India (muruku).  Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah/kertas kerja yang membincangkan khusus tajuk-tajuk tersebut.Lain-lain18.02.2009
Apakah maksud ayat ini? 1. Novel ini telah diadaptasikan menjadi filem. 2. Novel ini telah diadaptasi menjadi filem. 3. Novel ini merupakan adaptasi filem.Soalan yang dikemukan kurang jelas kerana maksud ketiga-tiga ayat tersebut serupa, iaitu sebuah novel telah diadaptasi kepada filem. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci.Makna22.12.2015
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon surat kebenaran untuk mengadaptasi Cerpen karya Hamzah Hussin bertajuk MISKIN didalam buku PAGAR BUKAN PENJARA ISDN : 983-62-5333-5 bagi tujuan Adaptasi Cerpen ke Filem Pendek.
Tuan/Puan yang dihormati,
 
Mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak kami ke alamat e-mel mohd_rusdi@dbp.gov.my
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Mohd Rusdi bin Mat Rakib, pegawai di Bahagian Harta Intelek DBP di talian 03-21479522.
Lain-lain28.02.2020
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai?Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat.Tatabahasa12.09.2013
Apakah padanan bagi nama Mencius, seorang ahli falsafah China? Adakah nama Mencius digunakan (sama seperti Confucius) ataupun Mengzi (mengikut sebutan dalam bahasa Cina)?Dalam bahasa Melayu, kata nama khas bagi seseorang tidak diterjemahkan atau diberikan padanan, kecuali karya adaptasi (itupun jika perlu). Maksudnya, jika dalam karya asal namanya Mencius, maka dalam karya terjemahan ke bahasa Melayu juga namanya Mencius (tidak perlu diitalikkan/dimiringkan).Ejaan04.05.2023
Salam Sejahtera. Tuan. Saya ingin menerbitkan sebuah drama pendek berunsurkan peribahasa yang diperoleh daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh yang demikian, saya ingin memohon kerjasama tuan untuk menerangkan berkaitan prosuder-prosuder yang berkaitan agar penerbitan drama ini mengikut peraturan-peraturan sedia ada. Sekian, terima kasih.Assalamualaikum wbt. 

Tuan yang dihormati,

Tuan boleh membuat permohonan secara rasmi melalui e-mel kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Puan Wardati binti Sheriff di alamat e-mel, wardati@dbp.gov.my.

Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh menghubungi pegawai yang menguruskan pelesenan adaptasi iaitu, Puan Aida binti Salleh, nombor telefon 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.09.2021
12

Kembali ke atas