Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencer­minkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan se­suatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang se­puluh buah drama Perancis telah diadap­tasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiada

Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen. Lihat juga terjemahan.

sensory adaptationadaptasi deriaPsikologiPsikologi UmumPengurangan atau kegagalan individu untuk menderia kerana magnitud rangsangan yang menurun dengan banyak atau tidak berubah sama sekali dalam suatu tempoh tertentu. Sistem penderiaan itu dikatakan telah �letih� dan menyebabkannya kurang terangsang. Fenomena ini mempunyai kebaikan kerana boleh mengurangkan tumpuan individu kepada perkara-perkara yang kurang penting seperti rasa cincin di jari atau baju di badan. Walau bagaimanapun, adaptasi ini boleh juga menyebabkan keburukan, misalnya sekiranya berlaku kebocoran gas ketika individu berada di dapur.
adaptationadaptasiKesenianSeni BinaPenyesuaian kepada perubahan persekitaran ketika proses mereka bentuk sesebuah bangunan. Contohnya, bangunan Mesiniaga rekaan Dr. Ken Yeng telah diadaptasikan secara langsung daripada persekitaran iklim Malaysia. Contoh lain ialah pembinaan bumbung bangunan Parlimen yang mengadaptasikan reka bentuk bumbung panjang rumah Melayu tradisional di Melaka dengan daya inovasi yang melibatkan teknologi konkrit bertetulang untuk menonjolkan struktur kekuda bumbungnya di bahagian luar.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPengolahan semula atau saduran semula karya ke dalam genre yang baharu.
adaptationpenyesuaian; adaptasiFizikTiadaTiada
adaptationpenyesuaian; adaptasiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
adaptationpenyesuaian; adaptasiKejuruteraanTiadaTiada
adaptationpenyesuaian; adaptasiKependudukanTiadaTiada
negative adaptationadaptasi negatifPendidikanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas