Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Akhbar Dalam Darjah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata add


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sering terjumpa perkataan ini ketika membaca. "It will add a nice kick to the curry." "The chili will add some kick to the tequila." Bagaimana hendak menterjemahkan perkataan "kick" dalam bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "kick' ialah lebih sedap atau lebih lazat.
Contohnya:
Cili  akan menjadikan "tequila" lebih sedap.
Bahan tersebut akan menjadikan kari lebih lazat.
Istilah12.10.2016
Salam Sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "masuk/tambah" bagi ayat berikut: Source, "How to add a contact - Telephone". Antara jawapan: (1) Cara memasukkan kenalan - Telefon. ATAU (2) Cara menambah kenalan - Telefon. Mohon nasihat pihak tuan/puan. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang betul mengikut konteks ayat yang diberikan How to add a contact - Telephone ialah "Bagaimanakah cara untuk menambah kenalan pada telefon?" atau "Cara menambah kenalan - Telefon"Makna17.02.2023
Saya sedang mencari buku Add Math yang diterbitkan oleh DB&P dan kalau tidak silap, telah ditulis oleh Tan Boon Seng. Buku ini pernah saya guna semaSA menghadapi SPM dalam tahun 1985. Buku ini agak tebal berukuran lebih kurang 6" x 10" , berwarna hijau muda dan coklat hitam. Saya sangat memerlukan buku ini untuk kegunaaan anak saya.Kami memohon maaf kerana tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. Buku berkenaan tiada dalam simpanan pihak kami.Lain-lain04.07.2010
Tambahkan kami kepada Kalangan anda (Add us to your Circle). Dalam ayat di atas, adakah penggunaan kata sendi 'kepada' itu betul? Atau kata sendi 'pada' sepatutnya digunakan?Klausa yang boleh digunakan ialah Masukkan kami dalam kalangan anda. Penyemakan dan penterjemahan30.04.2015
1. Sila bina ayat untuk membezakan 'pada peringkat' dan 'di peringkat'. 2. Sama ada rangkai kata 'anak kunci' dan kosa kata 'kunci' membawa maksud yang sama?

add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;" class="MsoListParagraphCxSpFirst">1.   Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan yang betul ialah "pada peringkat."  Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.

add-space: auto;" class="MsoListParagraphCxSpMiddle"> 

add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;" class="MsoListParagraphCxSpMiddle">2.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

add-space: auto;" class="MsoListParagraphCxSpLast">1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

Makna21.07.2017
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
Bagaimana ejaan jawi untuk PROTON EDAR BRANCH

add-space: auto;" dir="rtl">ڨروتون ايدر برنچ

add-space: auto;" dir="rtl">

Ejaan22.08.2019
change signboard

add-space: auto;">1. Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), Wilayah Selatan, Wilayah Timur  dan Wilayah Utara.

2. Betulkan kepada Dimiliki oleh: xxxx  (oleh - o - huruf kecil)

Lain-lain25.06.2018
Mohon maklum balas tentang ketepatan frasa "cara meningkatkan kesetiaan pekerja". Adakah frasa ini gramatis, dan adakah konsep peningkatan sesuai digunakan berkaitan kesetiaan pekerja, memandangkan kesetiaan biasanya merupakan sifat yang wujud atau tidak wujud pada seseorang?

add-space: auto;">Cadangan frasa yang sesuai adalah seperti yang berikut:

add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;">a)   Cara Memperteguh Kesetiaan Pekerja

add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;">b)   Cara Memperkukuh kesetiaan Pekerja

Tatabahasa17.05.2019
Kenapa bersumberkan pada salah penggunaannya.

add-space: auto;" class="MsoListParagraph">Mengikut Kamus Dewan,  bersumberkan membawa maksud mempunyai sesuatu sebagai sumber. Contoh ayat,  kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yang semulia-mulianya haruslah bersumberkan al-Quran dan Sunah. Berdasarkan ayat tersebut, selepas perkataan bersumberkan perlulah terus  kepada objek dan tidak perlulah perkataan pada  (kata sendi) lagi. Terdapat unsur lewah.

Lain-lain14.08.2017
1234567

Kembali ke atas