ADDER | Adder ialah nama yang diberi kepada beberapa spesies ular di banyak tempat di dunia. Sesetengah ular ini berbisa dan sesetengahnya tidak. Ular kapak Eropah biasanya dinamakan adder di United Kingdom. Ia ialah satu-satunya ular berbisa di negara itu. Puff adder di Afrika ialah ular besar membawa maut yang badannya bercorak. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |