Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dé.gan] | اديݢن

Definisi : Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan ke­ghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dé.gan] | اديݢن

Definisi : bahagian kecil sesuatu babak (drama) yg bermula dgn tampilnya seorang pelakon baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adegan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebanyakan anggota keluarga saya sukakan filem yang penuh dengan adegan sedih. soalan saya ialah kenapa kesalahan tatabahasa ialah sukakan? apakah perkataan yang paling sesuai digunakan di sini? ( menyukai)Perkataan sukakan salah kerana tidak menggunakan imbuhan. Perkataan yang betul ialah menyukai.Tatabahasa05.06.2008
Salam sejahtera, saya sedang membuat satu perbentangan video mengenai topik jenayah yang memerlukan "Peringatan!" pada awal video. Bolehkah pihak tuan-puan menyemak jika terdapat sebarang kesalahan tatabahasa atau berikan sedikit cadangan? Peringatan! Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. Program ini juga bukanlah jemputan atau pengiktirafan yang dipersetujui mana-mana pihak bagi penonton untuk menganggu individu-individu yang dipaparkan atau disebut dalam video ini. Budi bahasa/bicara (baik dalam bahasa lisan ataupun tulisan) penonton amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

Untuk makluman tuan, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak boleh membetulkan pernyataan penafian bagi video tertentu kerana dikhuatiri melanggar makna atau peraturan yang berkaitan. Sebaik-baiknya tuan mendapatkan contoh pernyataan penafian (disclaimer) yang telah sedia ada dengan meminta pandangan Jabatan Penerangan Malaysia atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Penyemakan dan penterjemahan12.07.2023
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video"

Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1.  Video  iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.

Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain.
Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb.

Istilah17.02.2018
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECILMenurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan.
1. Tanda Titik Bertindih ( : )
a) Memperkenalkan atau menambah keterangan.
contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar)
b) Memisahkan:
i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem.
iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran.
iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah.
vi) tahun dan halaman rujukan  bagi penerbitan.
vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi.
c) Menunjukkan nisbah.

tanda seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu!
-Huruf besar selepas tanda seru.

Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa11.09.2012
Salam. Saya ingin buat semakan dengan tuan/puan berkenaan ayat yang dipaparkan pada "graphics on screen" sebelum program bermula; "Adut themes" dalam ayat di bawah, adakah terjemahan sesuai ialah "paparan seksual eksplisit" atau bagaimana ya? Begitu juga dengan "This content contains...." Kita boleh terjemah sebagai "Program ini mengandungi" atau "Kandungan ini mengandungi"? "Kandungan" dan "mengandungi" bunyi macam kurang sesuai (berulang). Ayat: THIS CONTENT CONTAINS ADULT THEMES THAT MAY BE UNSUITABLE FOR SOME VIEWERS. VIEWER DISCRETION IS ADVISED. Saya ambil maklum "Viewer discretion is advised" diterjemah sebagai "Kebijaksanaan penonton amat diharapkan". Terima kasih atas segala maklum balas.

Kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut:

 

Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan.
Penyemakan dan penterjemahan14.11.2018
Tuan, Cara pengunaan tanda bacaan yang tepat. bagaimanakah kita menggunakan titik bertindin (:). adakah kita menggunakan huruf besar atau kecil bagi memulakan ayat selepas titik bertindih. Contoh 1. ...yang dinyatakan seperti berikut: (i) mengenalpasti atau Mengenalpasti contoh 2. Merujuk kepada senarai di bawah. (i) isu atau Isu yang dikenalpasti. Terima kasih atas bantuan

Tidak ada format yang ditetapkan berkenaan penggunaan huruf besar atau huruf kecil selepas titik bertindih. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Menurut buku tersebut, fungsi titik bertindih adalah seperti yang berikut:

1. Untuk  memperkenalkan atau menambah keterangan

2. Untuk memisahkan
(a) Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan

(b) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem
(c) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran
(d) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid
(e) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah
(f) Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan
(g) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi

3. Untuk menunjukkan nisbah

 

Berdasarkan contoh yang diberikan, dicadangkan supaya digunakan huruf besar selepas titik bertindih.

(i) Mengenal pasti contoh

(ii) Isu yang dikenal pasti

Tatabahasa26.09.2021

Kembali ke atas