Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adelaide


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADELAIDE

Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan

pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini

dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide,

permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide

ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan,

dan kebudayaan yang paling penting di Australia

Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan

utama serta pusat pemungutan dan pengedaran

barang pembuatan di Australia Selatan.

UMUM 
PESTA ADELAIDE

Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali.

Pesta ini menarik penyertaan para penghibur

terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat

penghibur tempatan, serta merangsangkan seni

kreatif dan lakonan di Australia.

UMUM 
NUTTING, MARY ADELAIDE

Nutting, Mary Adelaide (1858–1948),

kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam

pembangunan profesional kejururawatan di

Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk

mengukuhkan standard profesional dalam kedua-

dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan

kejururawatan. Dia membangunkan beberapa

program latihan yang melengkapi pengalaman

amali di hospital dengan mengadakan panduan

kelas dalam aspek prinsip kejururawatan.

UMUM 
TELEGRAF MELALUI DARAT

Telegraf melalui darat merentasi Australia

sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin,

tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf

dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang

pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia

Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja

pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap

pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak

kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau

Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872.

UMUM 
KAURNA

Kaurna ialah sekumpulan lebih kurang 300

Orang Asli yang mendiami Dataran Adelaide

semasa kedatangan orang Inggeris ke Australia

Selatan pada tahun 1836.

UMUM 
ALICE SPRINGS

Alice Springs (pend. 25 586) ialah bandar di

Wilayah Utara Australia. Ia terletak 1500 kilometer

ke selatan Darwin dan 1650 kilometer ke utara

Adelaide. Alice Springs terletak di tebing Sungai

Todd yang kerap kering kira-kira 580 meter di atas

paras laut (lihat Wilayah Utara [peta]).

UMUM 
BURRA

Burra (pend. 2026) ialah pekan di Australia

Selatan, 160 kilometer ke utara Adelaide.

UMUM 
PULAU KANGGARU

Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang

terletak di luar pesisir Australia Selatan.

Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer

lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya

ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau

ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini

terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide.

Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator.

UMUM 
ANDERSON, DAME JUDITH

Anderson, Dame Judith (1836–1917), dianggap

sebagai salah seorang pelakon wanita yang paling

berjaya dalam teater berbahasa Inggeris. Dia

merupakan pelakon watak dan boleh membawa

peranan emosional dengan sangat baik. Dia

memainkan pelbagai watak di pentas, dalam filem,

dan televisyen. Kejayaannya yang paling cemerlang

termasuklah peranannya dalam Strange Interlude,

Mourning Becomes Electra, Macbeth, dan Medea,

dan filem Rebecca dan Kings Row . Nama sebenarnya

Frances Margaret Anderson-Anderson di Adelaide,

Australia. Dia buat pertama kali membuat

persembahan di New York pada tahun 1918. Dia

dianugerahi Dame Commander in the Order of the

British Empire pada tahun 1960, dan merupakan

pelakon wanita yang pertama diberi penghormatan

yang begitu tinggi.

UMUM 

Kembali ke atas