Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adi;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
GAS ADI UMUM 
ADI MAS

ADI MAS (1931-1973), editor dan penulis. Dia lahir pada 27 Ogos 1931 di Kampung Jawa, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rashid bin Muhammad. Dia juga menggunakan nama pena Rashid, Sasterawan dan Seniman.

SASTERAKonsep
ADI KELANA

ADI KELANA (1934 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 25 September 1934 di Kampung Panchur, Tutong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Said. Dia seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1951-1953). Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus setahun dalam bidang pendidikan di University of London.

SASTERAKonsep
ADI RUMI

ADI RUMI (1941-      ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir di

Kampung Setia Pahlawan Lama, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji

Awang Abdul Aziz bin Juned.

SASTERAKonsep
ADI BADIOZAMAN TUAH

ADI BADIOZAMAN TUAH (1951-     ), penyair. Dia lahir pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1979, daripada universiti yang sama.

SASTERAKonsep
ADI MARHAEN

ADI MARHAEN (1938-     ), penyair dan penulis Negara Brunei Darussalam. Dia

lahir pada 25 Mac 1938 di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya

ialah Haji Leman bin Ahmad.

SASTERAKonsep
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
POETRI HINDIAPOETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
USMAN AWANG, Dato'

USMAN AWANG, Dato’ (1929 -     ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga.  Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.  Nama penuhnya ialah Usman bin Awang.  Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant.  Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini.  Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas