Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dia.ba.tik] | ادياباتيک

Definisi : (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan sebarang kemasu­k­an atau keluaran haba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dia.ba.tik] | ادياباتيک

Definisi : ist bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan masuk atau keluar haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adiabatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adiabatic expansionpengembangan adiabatik; kembangan adiabatikFizikTiadaTiada
adiabatic expansionpengembangan adiabatik; kembangan adiabatikKejuruteraanTiadaTiada
adiabatic expansionpengembangan adiabatik; kembangan adiabatikKimiaTiadaPengembangan gas atau bendalir tanpa perubahan suhu.
adiabatic expansionpengembangan adiabatik; kembangan adiabatikPertanianTiadaPengembangan gas atau bendalir tanpa perubahan suhu.
adiabatic atmosphereatmosfera adiabatikSainsHidrometeorologiAtmosfera model yang dicirikan oleh kadar tukaran adiabatik kering pada keseluruhan tegakannya. Tekanan dalam atmosfera adiabatik berkurangan mengikut ketinggian seperti yang berikut: dengan p0 dan To ialah tekanan dan suku (K) masing-masing pada aras laut, z ketinggian geometri; Rd pemalar gas bagi udara kering; cpd haba spesifik udara kering pada tekanan malar; dan g pecutan graviti.
aerological diagramgambar rajah aerologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganGambar rajah termo-dinamik yang digunakan untuk analisis aerologi dan sinoptik. Garis rujukan yang digunakan untuk memplot hasil pendugaan ialah garis isobar, isoterm, adiabatik kering, adiabatik tepu dan garis lengas tepu. Antara gambar rajah yang sering digunakan ialah tefigram, emagram, dan gambar rajah Stuve
adiabatic lapse ratekadar tukaran suhu adiabatikSainsHidrometeorologiKadar perubahan suhu melalui proses adiabatik apabila kompok udara naik atau turun. Untuk udara kering (tak tepu) perubahan suhu per unit ketinggian ialah: atau dengan R ialah pemalar gas; pecutan graviti; dan nisbah haba spesifik udara kering pada tekanan malar (Cp) dan isipadu malar (Cv). Kadar tukaran suhu adiabatik kering (DALR) adalah lebih kurang 0.98 oC/100 m (5.4oF/1000 kaki). Untuk udara tepu, susutan suhu dibendung oleh pembebasan haba pendam. Jadi kadar tukaran suhu adiabatik tepu (DALR). Kekurangan ini bergantung pada suhu dan tekanan: pada aras bawah di kawasan latitud sederhana SALR adalah lebih kurang separuh daripada DALR. Oleh sebab gerakan menegak meluas berlaku di troposfera, kadar tukaran suhu purata di kawasan ini berada di antara DALR dan SALR.
saturation-adiabatic lapse ratekadar tukaran suhu adiabatik tepuSainsHidrometeorologiKadar pengurangan suhu mengikut ketinggian suatu kompok udara yang terjulang dalam proses adiabatik tepu di dalam atmosfera dalam keseimbangan hidrostatik. Disebabkan pelepasan haba pendam, kadar tukaran ini kurang daripada kadar tukaran suhu adiabatik kering dan persamaan pembeza yang mewakili proses itu mesti dipadukan secara berangka. Suhu upaya bebuli basah adalah malar mengikut ketinggian di dalam atmosfera dengan kadar tukaran suhu seperti ini.
stability criteria of adiabatic compressibility factorkriteria kestabilan faktor kemampatan adiabatikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKriteria bagi sisten yang stabil yang jika tekanannya dinaikkan kepada keadaan adiabatik (keadaan seentropi ialah keadaan entropi yang malar), isi padunya akan menurun. Faktor kemampatan adiabatik ks adalah stabil jika ks � 0.
adiabatic equilibriumkeseimbangan adiabatikSainsHidrometeorologiTaburan menegak suhu dan tekanan dalam atmosfera yang berada dalam keadaan keseimbangan hidrostatik yang menyebabkan suatu kompok udara teralih secara adiabatik akan terus mempunyai suhu dan tekanan seperti di sekelilingnya dan menyebabkan tiada daya pemulihan bertindak ke atas kompok udara tadi. Keadaan keseimbangan adiabatik boleh tercapai dalam lapisan udara yang mempunyai percampuran menegak yang kuat.
12345678910...

Kembali ke atas