Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/] | اديق

Definisi : 1. saudara kandung (laki-laki atau perem­puan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg ter­muda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, me­nyebut) adik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/] | اديق

Definisi : 1 saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2 panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. beradik 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. adik-beradik 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(305)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
me[mE]kata kerjamenghisap susu (kanak-kanak).Adek dok me mok diyo.[A.de/ do/ mE m/ di.j]Adik sedang menghisap susu ibunya.
pitih[pi.tih]kata namaduit, wang.Adek sipe pitih dale celeng.[A.de/ si.pE pi.tih dA.lE tSE.leN]Adik simpan wang di dalam tabung.
serok[s«.Äo)/]kata kerjamenghirup.Adek serok abih ae dale gelah tu.[A.de/ s«.Äo)/ A.bih Ae dA.lE g«.lAh tu]Adik hirup habis air dalam gelas tu.
sek[sE/]kata kerjamengoyak-ngoyakkan kertas, kain dan lain-lain, mencarik-carikkan.Adek sek bok skoloh Ali.[A.de/ sE/ bo/ sk.lh A.li]Adik mengoyak-ngoyakkan buku sekolah Ali.
ketak-ketak[k«.tA)/.k«.tA)/]kata adjektifteringin sangat.Adek ketak-ketak nok gi muzium.[A.de/ k«.tA)/.k«.tA)/ n/ gi mu.zi.jum]Adik teringin sangat hendak pergi ke muzium.
wak lolok[wA/ l.l/] bohong, dusta.Jange dok wak lolok gak ko adek tu.[dZA.NE do/ wA/ l.l/ gA/ k A.de/ tu]Janganlah bohong dengan adik tu.
siyak[si.jA/]kata tugasusah, jangan.Siyak dok kuca gak adek nok tido tu.[si.jA/ do/ ku.tSA gA/ A.de/ n/ ti.do tu]Jangan ganggulah, adik nak tidur tu.
kelek[k«.le/]kata kerjabalik, pulang.Adek suko sangak kalu ayoh kelek krijo.[A.de/ su.k sA.NA/ kA.lu A.jh k«.le/ kÄi.dZ]Adik gembira sangat kalau ayah pulang kerja.
brepah[bÄ«.pAh]kata kerjaberenggang (berkenaan emak dengan anak), berpisah.Adek tok leh berepah lasong denge mok.[A.de/ t/ leh bÄ«.pAh lA.soN d«.NE m/]Adik tak boleh berpisah langsung dengan emak.
triyok[tÄi.j/]kata kerjamenangis.Mung krenak guwano adek sapa triyok tu.[muN kÄE.nA/ gu.wA.n A.de/ sA.pA tÄi.j/ tu]Kamu buat apa pada adik sampai menangis tu.
1234

Kembali ke atas