Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/] | اديق

Definisi : 1. saudara kandung (laki-laki atau perem­puan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg ter­muda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, me­nyebut) adik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/] | اديق

Definisi : 1 saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2 panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. beradik 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. adik-beradik 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(305)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lecok[lE.tS/]kata kerja1. cakar, coreng.Lukisan abang kono lecok kek adik abih coreng.[lu.ki.sAn A.bAN k.n lE.tS/ kE/ A.de/ A.beh tS.ÄEN]Lukisan abang kena cakar adik, habis coreng.
tokolelong[t.k.lE.lN]kata kerjamenjerit, terpekik.Adek tokelolong dek minum ae angek.[A.dE/ t.k.lE.lN de/ mi.num AE A.NE/]Adik menjerit kerana minum air panas.
monueng-tueng[m.nu.EN.tu.eN]kata kerjamengekori dari belakang.Adek monueng-tueng mano yo, omak poi.[A.de/ m.nu.eN.tu.eN mA.n j .mA/ pi]Adik mengekori dari belakang, ke mana saja emak pergi.
gogok[g.g/]kata kerjamenuang air botol terus ke mulut.Omak marah adek gogok ae boto dalam poti ais.[.mA/ mA.Äoh A.dE/ g.g/ AE b.t dA.lAm p.ti Ais]Emak marah adik menggogok air botol dalam peti ais.
bogendeng[b.gEn.dEN]kata kerjaberselisih faham, sengketa.Dio tu adek boradek tapi bogendeng yo nampake.[di.j tu A.de/ b.ÄA.dE/ tA.pi b.gEn.dEN j nAm.pA/.E]Mereka itu adik-beradik, tetapi kelihatan tidak bersefahaman.
cegak[tSE.gA/]kata adjektifsihat, subur, segar.Lepas demam duo minggu adek den dah cegak nampake.[l.pEh d.mAm du miN.gu A.dE/ dEn dAh tSE.gA/ nAm.pA/.E]Lepas demam dua minggu adik saya sudah sihat nampaknya.
kodin[k.din]kata namasaudara.Dio tu kodin kito, onyange adek boradek dongan onyang kito.[di.j tu k.din ki.t .øAN.E A.dE/ b.ÄA.dE/ d.NAn .øAN ki.t]Dia itu saudara saya lain, datuknya adik beradik dengan datuk kita.
montuwo montoyo[mn.tuw mn.t.j] adik beradik mentua.Dokek montuwo montoya la, kono bosopan santun.[d.kE/ mn.tu.w mn.t.j lA k.n b.s.pAn sAn.tun]Dekat keluarga mentualah, kena bersopan santun.
borantam[b.ÄAn.tAm]kata kerjabantu membantu.Baek boto orang tu borantam adek boradek bilo nak kawenan anake.[bAE/ b.t .ÄAN tu b.ÄAn.tAm A.dE/ b.ÄA.dE/ bi.l nA/ kA.wEn.An A.nA/.E]Baik betul orang itu bantu-membantu adik beradik, apabila hendak kahwinkan anaknya.

Kembali ke atas