Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/.be.ra.di/]/[a.di/.ber.a.di/] | اديق-براديق

Definisi : adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/.be.ra.di/]/[a.di/.ber.a.di/] | اديق-براديق

Definisi : 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik-beradik

Puisi
 

Tetak sebentang bawa mudik,
     Anak raja duduk di taman;
Duduk bertentang adik beradik,
     Bagai bunga kembang setaman.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih.Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. Tatabahasa26.03.2009
Salam sejahtera, "Anisah dan Atikah adalah adik-beradik kembar" atau "Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar"? Ialah atau adalah? Adakah kembar kata nama atau kata adjektif? Sekian, terima kasih.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa yang hadir selepas kata pameri  yang diberikan pada contoh ayat ialah adik-beradik. Adik-beradik merupakan kata nama. Maka ayat yang betul ialah Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar. Tatabahasa09.12.2019
Sila terangkan ayat berikut "Saya mempunyai 3 orang adik beradik." Dalam kontex ayat tersebut adakah ia bermakna 3 orang ini termasuk saya atau 3 orang DAN saya. Dan adakah maksudnya sama dengan "Kami 3 adik beradik ...."Adik-beradik bermaksud saudara kandung/bersaudara kandung. 'Saya mempunyai tiga orang adik-beradik' - termasuklah dirinya sendiri, tetapi jika ayat ini berbunyi 'Saya mempunyai tiga orang lagi adik-beradik' - tidak termasuk dirinya sendiri.Tatabahasa28.12.2010
Apakah turutan nama gelaran untuk adik beradik didalam keluarga? Sulong, Angah, Uda..... dan seterusnya sehingga ke yang Bongsu. Adakah turutan ini berlainan dari negeri ke negeri? Apa bezanyas sekiranya ada 9 adik beradik dan 13 adik beradik?Gelaran yang biasa digunakan ialah along, angah, uda, alang,andak, tam, teh, cik dan cu. Gelaran ini berbeza mengikut negeri. Pada kebiasaan hanya gelaran ini digunakan. Sekiranya lebih bergantung pada keluarga berkenaan.  Mungkin saudara boleh cuba menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tentang perkara ini.   Lain-lain06.05.2008
Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan.
Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan.

Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan.
Tatabahasa04.02.2013
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura.Tatabahasa26.03.2011
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih.Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap.Tatabahasa25.06.2012
Berapa orangkah adik-beradik Siti? adakah termasuk siti atau hanya bilangan adik beradik sahajaMaaf, soalan ini tidak jelas maksudnya.Lain-lain25.07.2012
123456

Kembali ke atas