Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/.be.ra.di/]/[a.di/.ber.a.di/] | اديق-براديق

Definisi : adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/.be.ra.di/]/[a.di/.ber.a.di/] | اديق-براديق

Definisi : 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik-beradik

Puisi
 

Tetak sebentang bawa mudik,
     Anak raja duduk di taman;
Duduk bertentang adik beradik,
     Bagai bunga kembang setaman.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mu oput nu pusod, *muoput nopusod* Tbadik beradik.Mu oput nu pusod. Biar mereka yang membuat keputusan Sindan anak mereka. Orang lain apa tahu. Lebih-lebih lagi Mudin yang hanya terbawa-bawa oleh bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bekepit, *kepit* Ibkepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka.Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas