Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adikku

Puisi
 

Di mana didikku tadi,
     Padi tumpah bawah tangga;
Di mana dia adikku tadi,
     Hati susah kerana dia.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Apa guna mengayuh biduk, Patah pengayuh ganti kemudi; Adikku dara sudah merajuk, Ke manakah tuan membawa diri?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beruk siamang mencari kutu, Duduk bertengger di atas dahan; Adikku kenang menjadi pilu, Elok belayar membawa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah petai buah kuini, Dibuang isi dimakan biji; Sungguh pandai adikku ini, Tumbuh gigi dah pandai mengaji.Pantun Melayu SarawakUmum
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang melayang, Singgah sebentar di pohon buluh; Wahai mari adikku sayang, Hatiku berasa haram tak luluh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tupai berlari naik ke anjung, Turun ke tanah berjalan pincang; Sampai mati adikku sanjung, Walaupun sudah di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dua tiga genggong patah, Tak sama batang padi; Dua tiga gunung kulangkah, Tak sama adikku tadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hamba tidak ke rimba lagi, Rimba lebat di seberang; Hamba tidak berubah lagi, Bulat hati adikku seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Empat lima meragi kain, Tidakkan sama ke pangku puan; Empat lima muda yang lain, Tidak sama adikku tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas