Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna mengayuh biduk, Patah pengayuh ganti kemudi; Adikku dara sudah merajuk, Ke manakah tuan membawa diri? |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit terbang melayang, Singgah sebentar di pohon buluh; Wahai mari adikku sayang, Hatiku berasa haram tak luluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga genggong patah, Tak sama batang padi; Dua tiga gunung kulangkah, Tak sama adikku tadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat lima meragi kain, Tidakkan sama ke pangku puan; Empat lima muda yang lain, Tidak sama adikku tuan. |