Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adikmu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbandingan antara kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dan sertakan contoh ayat yang sesuai dan tepat bagi penggunaan kata sendi nama "bagi" dan "untuk".Makna 'bagi' ialah a) untuk, buat. Contoh ayat buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda.Tatabahasa29.12.2009
Jika di dalam puisi mengandungi perkataan 'tariarusmu' yang menggambarkan suasana aliran sungai/tasik, adakah perkataan tersebut dibenarkan dieja rapat seperti yang dinyatakan di atas?Dalam penulisan biasa selain puisi, perkataan "mu" mesti dirapatkan dengan perkataan yang mendahuluinya.  Contohnya:  untukmu, adikmu, impianmu dan lain-lain.Lain-lain31.05.2016
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan.

Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.

1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata;

2.  Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan:

Tatabahasa09.02.2010
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007

Kembali ke atas