Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adikmu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bagi1. a) untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda;membagi bp 1. memberi izin: tidak dibaginya saya balik ke kampung; 2. membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);membagikan, membagi-bagikan memberi, mengagih-agihkan; terbagi dibagi; habis ~ Id (bilangan) yg apabila dibagi tidak ada sisanya;bagian bp hasil membagi; kebagian Jk 1. mendapat bahagian; 2. bp bagai, seperti; ® bahagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
manakata yg digunakan utk menanyakan sesuatu (tempat dsb): Awak hendak ke ~?. Yg ~kah adikmu? ~ boleh takkan boleh; mustahil. ~ lagi (pula) tambahan pula; lebih-lebih lagi. ~ tahu boleh jadi; mungkin mana-mana 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. manakan tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
untuk1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
dahsyat1. menakutkan, mengerikan: men­capai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kema­langan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ke­takutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: pepe­rangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keada­an yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. meng­hebatkan, memburukkan, menerukkan: keja­dian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat kein­dahan dan ~ dunia di sekeliling mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas