Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
RamayanaRamayanaMuzikTiada

Epik dari India yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan peluasan pengaruh India. Versi tempatan telah wujud di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Burma. Cerita Ramayana masih dipersembahkan dalam persembahan wayang kulit, wayang orang dan tarian klasik di negara berkenaan. Cerita utama tentang Seri Rama yang menyelamatkan isterinya, Siti Dewi yang telah diculik oleh Rawana, manakala cerita sampingan berkisarkan pengembaraan Seri Rama, adiknya Laksamana, monyet putih Hanuman dan hulubalang lain semasa mencari Siti Dewi.


Kembali ke atas