Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.dil]/[a.dil] | عاديل

Definisi : 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn se­suatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputus­an dsb): pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para pekerja men­dapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn pengorbanan yg dilakukan kpd organi­sasi; 4. tidak menyebelahi mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg lain; mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka; pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) meng­adili, perbicaraan serta keputusan oleh peng­adil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukum­an mati dlm ~ di mahkamah Nurem­berg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu per­kara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.dil]/[a.dil] | عاديل

Definisi : 1 berpihak kpd yg benar dan yg hak; berpegang pd kebenaran: Hukuman yg dijatuhkan oleh hakim itu memang ~. 2 tidak berat sebelah (dlm memberikan layanan dsb); tidak melebihkan yg satu drpd yg lain: Ibu dan bapa hendaklah bersikap ~ kpd anak-anak mereka. 3 tidak berlebih-lebihan dan tidak kurang pula drpd yg sepatutnya (ttg sesuatu tuntutan dll); berpatutan; berpadanan. mengadili mendengar dan memeriksa sesuatu perbicaraan serta memberikan keputusan mengikut undang-undang: Seorang hakim yg berpengalaman telah dipilih utk ~ kes pembunuhan itu. mengadilkan menjadikan adil: ~ masyarakat. keadilan keadaan (sifat, perbuatan dll) adil. pengadilan 1 mahkamah tempat mengadili sesuatu perkara. 2 keputusan yg dicapai setelah mengadili sesuatu; cara mengadili. 3 sidang hakim ketika mengadili perkara. pengadil 1 orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2 orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adil

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Timbangan berat sebelah.

Bermaksud :

Tidak adil.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
just warperang adilSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori yang menganggap wujudnya keadaan tertentu yang menjadikan tindakan sesuatu peperangan adil. Teori ini juga menentukan cara untuk berperang secara adil. Teori ini berasal daripada pemikiran Kristian Zaman Pertengahan dan perkembangan undang-undang antarabangsa selepasnya, terutama dalam karya Grotius dan Samual Pufendorf (1632� 1694). Perbahasan dalam perang adil berkisar tentang dua persoalan, iaitu keadilan dalam perang (jus in bello) dan hukum perang (jus ad bellum). Menjelang kurun ke-20, minat umum dalam teori perang adil merosot disebabkan kesedaran tentang keganasan dan kesengsaraan akibat semua jenis peperangan. Namun demikian, perbahasan tentang perang adil muncul semula berikutan isu pelibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, Perang Teluk dan pencerobohan terhadap Iraq.
unfair dismissalpembuangan tak adilPentadbiranTiadaPemberhentian pekerja yang dianggap tidak adil.
العدلينdua saksi adilAgama IslamFiqhDua orang saksi yang mempunyai syarat-syarat yang adil.
just world hypothesishipotesis dunia adilPsikologiPsikologi UmumHipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian.
just of war (jur ad bellum)hukum perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah.
justadilPentadbiranTiadaTiada
equitableadil; ekuitiUndang-undangTiadaTiada
natural justiceadil asasiPentadbiranTiadaStandard keadilan minimum yang mesti digunakan apabila menyelesaikan sesuatu pertikaian, iaitu seseorang itu perlu diberi peluang membela diri, dan tidak boleh ada sikap berat sebelah.
عدل ضابطadil ḍabiṭAgama IslamHadithi. lihat: ثقة ثقة ii. lihat: ثقة
bellum justumbellum justumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTeori perang adil yang menyatakan bahawa pihak yang berperang hendaklah mempunyai alasan yang wajar untuk berperang. Teori ini membezakan keadaan penggunaan senjata yang dibenarkan dan keadaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan. Teori ini dikaji oleh ahli-ahli teologi moral, ahli etika dan pembuat dasar antarabangsa yang menyatakan bahawa sesuatu konflik keganasan sepatutnya perlu memenuhi kriteria-kriteria falsafah, agama dan politik. Konsep bellum justum berasal daripada tradisi Romawi kuno yang diterima menjadi undang-undang perang oleh golongan Kristian pada abad ke-4, seperti Agustinus dan pada abad ke-17 oleh Hugo Grotius. Teori ini tidak lagi diamalkan pada masa kini. Pada abad ke-20, konsep keselamatan bersama diperkenalkan oleh Waad Liga Bangsa-Bangsa dan kemudiannya diperteguhkan dalam Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan melainkan hanya untuk mempertahankan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sinonim peperangan adil.
12345678910

Kembali ke atas